Senarai Jenis Syafaat Di Hari Kiamat - Assalamualaikum, di hari akhirat kelak, terdapat 8 jenis syafaat yang Allah sediakan untuk menyelamatkan umat Manusia dari dimasukkan ke dalam Neraka, antaranya:
1. Al-Quran.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bacalah al Quran, sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya" (Hadis Riwayat Muslim)
2. Puasa.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
3. Malaikat.
Firman Allah SWT maksudnya : "Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah." (Surah Al-Anbiya ayat 28)
4. Nabi Muhammad SAW.
4.1. Syafa’at Nabi SAW diperuntukkan bagi kaumnya yang tidak mempersekutukan Allah SWT (Syirik)
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya syafa’atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah SWT ” (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang paling berbahagia dengan (mendapatkan) syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan (kalimat) Laa ilaaha illallahu (tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah) dengan ikhlas dari hati atau jiwanya.“ (Hadis Riwayat Bukhari).
4.2. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi pelaku dosa besar di kalangan umatnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Syafa’atku adalah bagi pelaku-pelaku dosa besar (kabair) dari kalangan umatku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
4.3. Syafa’at Nabi SAW bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan (debat) dan dusta serta orang yang selalu memperbaiki akhlak.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan bagi seseorang yang memperoleh sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun berbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud).
4.4. Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi umatnya yang banyak berselawat kepadanya.Nabi SAW bersabda maksudnya : “Orang yang lebih berhak mendapat syafa’atku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibn Mas’ud r.a)
Sabdanya lagi : “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan dunia dan akhiratnya dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
5. Para Syuhada.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya." (Hadis Riwayat Abu Darda)
6. Ulama.
Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (Hadis Riwayat. Ibnu Majah)
7. Para Hafiz Al-Quran.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)
8. Syafaat-syafaat kecil.
8.1. Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar. Termasuk sahabat yang soleh boleh memberi syafaat kepada sahabatnya yang lain.
8.2. Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.
8.3. Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.