Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk - Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015

Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk - Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015 - Calon PT3 Geografi 2015 dikehendaki memenuhi kajian lapangan dengan mencadangkan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian. Beberapa cadangan kegiatan ekonomi boleh dijalankan seperti di bawah.

Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut. Menghuraikan tiga atau lebih cadangan relevan dan tepat


Cadangan jawapan untuk lain-lain kajian lapangan boleh dirujuk seperti berikut:

Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk - Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015

Kajian lapangan cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk

3.1 Contoh cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk
(a) Pertanian - Bercucuk tanam pokok
  • Sawah padi
  • Sayur-sayuran
  • Kelapa sawit
  • Getah
(b) Perikanan
  • Menjadi nelayan di laut
  • Memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah.
  • Mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.
(c) Perniagaan
  • Perniagaan runcit
  • Perniagaan IKS kecil dan sederhana
  • Restoran
(d) Perusahaan
  • Perusahaan kraf tangan
(e) Penternakan 
  • Ikan
  • Udang
  • Kambing
  • Lembu
  • Ayam
(f) Perkilangan

(g) Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)

Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.

Contoh Jawapan Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut:

1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan. Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.

Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya. Hasil pertanian dan hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri kecil dan sederhana.

Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat. Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.

2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

3. Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)

Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular. Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.

Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan. Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.

Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.

4. Membuat Kerja Digital – Pekerja Digital

Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian). Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat. Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online). Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya. Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital. Secara umumnya, tiada pra­syarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

5. Wujud peluang pekerjaan

Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan.

Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan sebagainya.

Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha-usaha yang boleh diambil.
  • Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda.
  • Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja
  • Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak
  • Kurangkan pergantungan kepada orang tengah
  • Eksport hasil padi ke luar negara

Contoh Skema Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Felda Jengka Pahang

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di Felda Jengka Pahang. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ABS) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain kelapa sawit di Felda Jengka Pahang.

Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga(1 Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan (1 Markah). Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar (1 Markah). Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Felda Jengka, ada antaranya pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut (1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan (1 Markah).


Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online) (1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua (1 Markah). Boleh dilihat penduduk sekitar Felda Jengka Pahang lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan (1 Markah). Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung (1 Markah). Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan perniagaan (1 Markah).


Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk (1 Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang (1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) (1 Markah) Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen (1 Markah). Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global Venture (FGV), Tabung Haji dan sewaktu dengannya (1 Markah).


Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Felda Jengka Pahang (1 Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit (1 Markah). Selain daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain daripada kelapa sawit (1 Markah). Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya (1 Markah). Selain daripada menunggu hasil daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan (1 Markah).

Jumlah Markah: 20 Markah

Kredit Bintangsukan Cekgu Norazimah Cerita Cinta Balqis Melvister & Rossa Calla

INFO TUGASAN GEOGRAFI PT3 2015
4) CADANGAN USAHA MENINGKATKAN PENDAPATAN PENDUDUH -http://depalma-sp.blogspot.com/…/cadangan-usaha-meningkatka…
5) KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI DIMAJUKAN DI KAWASAN KAJIAN - http://depalma-sp.blogspot.com/…/kegiatan-ekonomi-yang-berp…

{ 8 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous June 27, 2015
Senaraikan caravan menambahkan pendapatan yang sedia Ada bag pengawal keselamatan
nini nini June 29, 2015
asal takboleh nak copy
hyhhh hyhhh June 30, 2015
boleh...kena highlight dlu pastu tekan ctrl + c
AnonymousAnonymous June 30, 2015
wak gpo pte pte ni
AnonymousAnonymous August 23, 2017
Potensi mcm mne erhh cari pn x dpt dlm google stress lh

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.