Gambar Pernikahan Ustaz Azhar Idrus Dengan Isteri Yang Ketiga

on Sunday, May 26, 2013

Assalamualaikum..sudah lama entri tak dipublish dari blog ni..
Ok..kalai ni admin nak paparkan gambar Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI yang telah selamat diijabkabulkan(bernikah) hari ini (26/5/2013) dengan anak saudara Tuan Haji Omar bin Tahar, 
Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak







Barakallahulakuma Wabaraka 'Alaikuma Wajama'a Bainakuma Fi Khair buat UAI..moga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Tag : , ,

Kehebatan Air Zamzam

on Saturday, May 11, 2013




Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. 

Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Tag : , ,

WORDLESS WEDNESDAY #4

on Wednesday, March 6, 2013


Tag :

Astro Warna Live Streaming

on Friday, January 18, 2013

Jom layan Astro Warna..kadang2 kalautakder siaran tu minta maafla..sebab ni just share dari laman lain..


Tag : , ,

Kembali ke Sekolah...

on Sunday, December 30, 2012

Akhir tahun menjelang awal tahun bagi setiap tahun adalah antara masa yg paling sibuk bagi mak. Tahun ini paling sibuk kerana anak mak yg keempat akan masuk ke tingkatan 1 dan tinggal di asrama. Banyak perkara yang nak dilengkapkan, bermula daripada mengisi borang permohonan, ujian kelayakan, pengesahan, membeli buku tulis dan keperluan jenama sekolah serta barangan lain, rasanya hari ini barug selesai kut. Petang kelmarin, mak bersama2 jahit lencana dan kemaskan jahitan tudung,....anak perempuan. Dah besar dah, boleh buat sambil belajar.Abahpun sibuk tuliskan nama bagi setiap barang, bimbang tertukar dgn kwn2. Bukan sibuk untuk seorang, juga untuk anak2 yg lain, cuma mereka tu di sekolah yg lama dan seorang lagi ke PLKN! Dulu lagi banyak kerja, kena tulis nama setiap buku tulis dan teks. Depa puji tulisan mak dan abah, cantik. ...abah pandai balut buku, kemas!Pandai depa! Kemarin juga Afif bertolak ke Kelantan, pukul 6ptg dah sampailah dia. Esok anak2 yg tingkatan 1 dan tingkatan 4 pula mendaftar. 4Januari nanti anak yg ke PLKN pulak. Nanti yang tinggal mak tiga beranak, bertambahlah sunyi. Tapi, buat rilek ja, supaya anak2 dapat belajar dgn tenteram. Semua dah sedia dgn azam baru? Oh! Masih ada azam lama yg belum tertunai, tak apa! Kita boleh teruskan dgn azam lama atau mungkin kita boleh ubah sikit dgn bina azam baru. Dan tak salah kalau kita ada lebih daripada satu azam kerana kita kan ada banyak komitmen! Tapi matlamat kita satu, untuk mendapat keredhaan Allah Taala,kan?
Tag : ,

Dag dig dug...PMR dah keluar!!

on Wednesday, December 19, 2012

Debaran 1Malaysia muncul lagi! Ini kali keberapa entah mak berdebar. Dalam tahun ni tiga orang anak mak yang mengambil peperiksaan awam, UPSR, PMR dan SPM. Tiga kali peperiksaan percubaan bearsama keputusannya pun dah buat mak berdebar kencang, inikan pula keputusan bagi peperiksaan sebenar, sabar, mak kena lebih bersabar dan 'cool' supaya anaktak terlalu stress. Mak yakin ibubapa seluruh negara yang anak mereka mengambil peperiksaan, adalah seperti mak.
  Jom, pi tengok.....

Beberapa jam kemudian...Alhamdulillah, terima kasih Allah , terima kasih Muhammad Hasif, terima kasih pihak sekokkilah, terima kasih guru2 dan rakan2 , keputusan yang tidak menghampakan !

Published with Blogger-droid v2.0.9
Tag : ,
Share Post
Get widget
 
© dePalma SP | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO