Luahan Pengguna Myvi Yang Jadi Mangsa Kemarahan Rakyat Malaysia - Assalamualaikum, sejak terjadinya kemalangan Nahas Duke , ramai yang turut memarahi kenderaan yang bernama Myvi disebabkan pelumba-pelumba kereta tersebut menggunakan Myvi. Yang kesiannya rakyat yang tak bersalah yang menjadi mangsa 'gangster-gangster' yang baru muncul ni. Antara luahan dari seorang rakyat Malaysia yang menggunakan Myvi :
Saya seorg wanita hamil 8 bulan.saya menggunakan kereta myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tapi semenjak kejadian kemalangan di atas DUKE melibatkan 6 buah Myvi yang berlumba haram hari itu, saya rasa tidak selamat memandu kereta myvi saya lagi. Semalam ada 1 kereta 4x4 himpit kereta saya di tol Serdang semasa saya balik dari kerja. Dan sebentar tadi pula kereta saya kemek bonet depan mcm di ketuk dgnbenda keras..emosi saya sangat terganggu.. saya mohon rakyat malaysia jangan la bertindak sesuka hati. Saya sendri marah pada pelumba2 haram tu..tapi knp saya yang dipersalah kan..itu kereta saya nak mencari rezeki.. sampaikan saya fikir apa salah saya pada org ramai. Saya tidak dapat lagi menahan emosi. So please rakyat malaysia jangan aniaya org yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada org yg aniaya saya ni..