Bagaimana haiwan melihat warna?

K
ucing, anjing, arnab dan tikus tidak boleh membezakan warna. Haiwan ini biasanya hanya boleh melihat warna kelabu, beberapa warna biru dan kuning. Sebenarnya lembu juga buta warna, haiwan ini tidak menyerang warna merah tetapi kain bergerak yang dipegang oleh matador.
                
         Tetapi ada juga haiwan yang mempunyai penglihatan yang baik seperti monyet, tupai, burung, serangga, dan ikan. Haiwan ini boleh melihat pelbagai jenis warna walaupun tidak sebaik manusia. Saintis berkata penglihatan yang baik dapat membantu haiwan mencari makanan di tanah atau di air.


                Haiwan di daratan boleh membantu membezakan antara buahan ranum atau masih muda. Warna juga boleh menjadikan haiwan lebih tertarik antara satu sama lain semasa musim mengawan. Keupayaan membezakan warna membantu haiwan mengenal pasti mangsa.

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.