Lagi Pelajar UniKL Hilang di Gunung Datuk - Hajat empat pelajar perempuan semester lima, Diploma Kejuruteraan Mekanikal Universiti Kuala Lumpur untuk berkelah di Gunung Datuk, di sini berakhir dengan insiden tersasar laluan kira-kira jam 5.55 petang tadi.
Dalam kejadian berkenaan, empat mangsa berusia lingkungan 21 tahun memulakan pendakian mereka seawal jam 3.00 petang menggunakan laluan di Kilang Eden Kampung Mungkal.
Menurut Pengawal Keselamatan kilang berkenaan, Che Onn Abdul Manap, 59, dia menyedari kumpulan pelajar berkenaan memulakan perjalanan dan menegur kumpulan pelajar berkenaan ke mana hala tuju mereka berikutan lokasi berkenaan sebelum ini hanya digunakan oleh penduduk kampung sahaja.
"Jarang orang luar guna laluan ini untuk pergi ke Gunung Datuk melainkan untuk ke Lubok Petai.
“Malah pada masa itu, hari sudah mendung dan ada tanda-tanda hujan bakal turun," katanya ketika ditemui di pekarangan kilang berkenaan.
Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba, Muhamad Zuki Abdullah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.
Operasi menyelamat bersama polis dimulakan pada jam 6.55 petang.
Menurut rakan mangsa, dia dihubungi mangsa menyatakan mereka tersasar laluan dan hujan sudah mulai turun, lalu menasihati mangsa untuk menghubungi talian kecemasan bagi meminta bantuan.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.