Penggunaan Kaedah Matematik Al-Khawarizmi Dalam Mencari Isteri

Penggunaan Kaedah Al-Khawarizmi Dalam Mencari Isteri - Anda pasti tertanya-tanya bahawa siapa Al Khawarizmi ni kan? 

Alkisahnya begini,

Nama Al-Khawarizmi yang sebenar ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Beliau turut dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.

Penggunaan Kaedah Al-Khawarizmi Dalam Mencari Isteri

Di Barat pula Al-Khawarizmi dikenali sebagai Al-Cowarizmi, Al-Ahawizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi, Al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Banyak juga nama gelaran beliau ni kan.

Al-Khawarizmi telah dilahirkan di Bukhara. Zaman kegemilangan beliau bermula pada tahun 780-850M Manakal Al-Khawarizmi wafat antara tahun 220 dan 230M.

Ada beberapa percanggahan informasi tentang Al-Khawarizmi. Ada sumber yang mengatakan beliau hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Manakala sumber lain pula menegaskan beliau di Khawarism, Uzbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Apa Yang Membuatkan Al-Khawarizmi Menjadi Terkenal?

Beliau adalah seorang guru Algebra yang terkenal di Eropah dan pernah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Ketika usia mudanya, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

Beliau gemar bekerja dan rajin mendalami ilmu matematik dan astronomi. Malah beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Al-Khawarizmi menjadi antara tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra. Selain itu beliau memiliki banyak lagi ilmu pengetahuan dalam bidang matematik dan telah berjaya menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular yang masih digunakan sehingga ke saat ini.

Selain itu apa yang menarik tentang Al Khawarizmi?

Sebagai seorang yang pakar dalam bidang matematik, beliau telah mengaitkan angka dengan cara untuk mencari wanita terbaik. Bila ada yang bertanya tentang wanita terbaik, beliau menjawab sebegini:


Jika wanita solehah & beragama = 1



Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10



Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang “1” tiada..

maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok “0”



Jadi kesimpulannya, mencari seorang wanita yang baik untuk dijadikan isteri bukan berdasarkan pada rupa paras, harta dan kekayaan dan juga bukan dari latar belakang. Tetapi apa yang penting adalah mencari seorang wanita yang beragama dan solehah.

Jadi kepada kaum lelaki di luar sana, pandai-pandailah mencari isteri ye. Jangan hanya pandang rupa paras. Kecantikan takkan kekal dan tak menjamin kebahagiaan.

1 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.