Penggunaan Emel Berkaitan Kerja Diharamkan Selepas Waktu Pejabat.. Kenapa?

Jerman Kurangkan Stress Pekerja Dengan Mengharamkan Emel Berkaitan Kerja Selepas Waktu Kerja - Assalamualaikum, kerajaan Jerman dijangka mewujudkan undang-undang baru pada 2016 yang melarang pekerja menerima e-mel berkaitan kerja selepas jam 6 petang.Perubahan yang bakal dicadangkan itu berdasarkan hasil kajian diarahkan dilakukan Menteri Buruh Andrea Nahles. “Keadaan kerja seperti itu memang menyebabkan gangguan terhadap kesihatan mental seseorang,” katanya. E-mel memang menjadi bahagian penting dalam kerja harian malah kajian menunjukkan lebih suku hari bekerja (28 peratus) kini dihabiskan dengan hanya membaca atau membalas e-mel.

Jerman Kurangkan Stress Pekerja Dengan Mengharamkan Emel Berkaitan Kerja Selepas Waktu Kerja, Penggunaan Emel Berkaitan Kerja Diharamkan Selepas Waktu Pejabat
Bagaimanapun, disebabkan ia memudahkan komunikasi, pertukaran e-mel sebenarnya bererti pengguna tidak lagi bekerja sekadar dari jam 9 pagi hingga 5 petang.Malah, satu lagi kajian pada 2012 menunjukkan waktu kerja secara am kini bermula pada jam 7.17 pagi dan berakhir pada 7.02 malam kerana golongan pekerja terpaksa memeriksa e-mel termasuk menggunakan telefon pintar.

Jika Jerman meluluskan perubahan itu, ia akan menjadi undang-undang pertama dunia yang mengehadkan e-mel selepas waktu kerja. Sebelum ini, ada kesatuan pekerja di Perancis menandatangani perjanjian bagi membolehkan golongan pekerja tidak mengendahkan e-mel selepas bekerja 13 jam.

ULASAN : Nampaknya Malaysia pun kena buat macam ni jugak bagi kurangkan stress para pekerja..

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.