Tudung Besar Dan Seat Belt
hyhhhDah lama mak tak menulis, dah 2 bulan lebih. Hari ni terbuka hati mak melapangkan waktu untuk menulis kerana tertarik dgn satu artikel dalam buletin dari sekolah anak-anak. Mak ingat elok juga kita jadikan panduan bersama.
Ceritanya tentang seorang siswi UUM telah ditanya oleh seorang siswi lain, tak rimas ka pakai tudung besar? Siswi yang bertanya, i.e Siswi 2 tu tak pakai tudung. (Semoga diberikan hidayah oleh Allah s.w.t untuk terbuka hatinya menutup aurat, InsyaAllah. Tapi kalau di saat mak menulis ini , hamba ini telahpun menutup aurat, mungkin dah lama dah...Alhamdulillah dan bergembiralah dia yang telah mendapat hidayahNya itu.) Setelah ligat berfikir dia meminta izin untuk tidak menjawab dahulu pertanyaan tadi sebaliknya bertanya soalan lain kpd Si siswi 2 tadi, kenapa perlu pakai seat-belt semasa memandu? Lalu dijawab oleh Siswi 2 yang mak ringkaskan, adalah untuk keselamatan, kalau cedera tak teruk dan tak terpelanting !
Jadi, maksud Siwsi 1 samalah juga kenapa dia pakai tudung besar, untuk menjaga keselamatannya. Tudung kecik pun boleh pakai juga cuma Islam menggalakkan muslimah menjaga pemakaian yang lebih selamat, - pakaian jangan ketat, singkat, jarang. Tudung kecik banyak fesyennya, takut kalau tak ikut syariat,
kita kan selalu kata, :saya taula batas-batasnya...: Masih ramai lagi mak nampak yang pakai tudung seperti bonggol unta walaupun sana sini ustaz-ustaz dok kata tak boleh...dosa!
Tudung besar dipakai bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapapun, tak lain adalah untuk keselamatan diri serta memenuhi tuntutan agama supaya menjaga diri melalui cara pemakaian. Melatih diri dan sebagai pendinding untuk mengelak diri daripada melakukan maksiat.
Jadi, jawab Si Siswi 1, kadang-kadang tu rimas jugak, macam musim sekarang ni... tapi tahan sikitla..pakai seat-belt pun rimas jugak,kan?, tapi sebab ingat untuk keselamatan, bimbang kena saman...kita boleh bertahan kan? Bezanya kalau tak pakai seat-belt, tak dosa...
.....Semoga kita termasuk ke dalam golongan orang yang mendapat hidayah dan petunjukNya dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman ...Aaaaamiin.
1 comment... add one now
Aisyah Lee
July 04, 2012
inshaAllah, amiin.
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →