"Kenapa Saya Tak Boleh Kahwin Lain Kalau Abang Mati?"

"Kenapa Saya Tak Boleh Kahwin Lain Kalau Abang Mati?" - "Kalau abang mati, ayang jangan kahwin lain sebab nanti tak jumpa kat sana".

Itulah kata-kata yang kerap diperkatakan oleh Yusrizal Mohammed Yusoff, 39, kepada isteri, Rohayati Hidzir, 31, sebelum Yusrizal terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 408.6 di Lebihraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur, pagi semalam.


Yusrizal maut setelah lori yang dipandu olehnya merempuh belakang sebuah lori kontena dalam kejadian jam 6 pagi.

Rohayati berkata, dia hanya menganggap kata-kata yang diucapkan arwah suaminya itu sebagai gurauan sahaja sebelum ini.

“Arwah kerap ulang ayat itu, tetapi saya anggap itu gurauan. Bila saya tanya kenapa cakap begitu, arwah memberitahu kalau saya kahwin lain, tidak dapatlah berjumpa di syurga nanti,” katanya.

Kata Rohayati lagi, kini hanya tinggal baju Melayu biru yang sudah siap ditempah oleh suaminya untuk hari raya nanti sebagai kenangan.

Menurut Rohayati lagi, arwah menempah baju Melayunya lebih awal dari baju dia dan anak-anak. Menurut perancangan arwah, baju isteri dan anak-anak akan dibeli apabila hampir Syawal nanti.



“Baju raya untuk kami dia mahu beli kemudian, tetapi kini baju Melayu itu menjadi kenangan buat saya,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Isla Kampung Air Hitam, Teluk Intan, Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa gagal mengawal lori sebelum merempuh belakang lori kontena.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu lori pasir tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala serta badan.

“Kemalangan turut menyebabkan lori kontena terbakar, namun api dapat dikawal pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian,” katanya memetik laporan harian metro

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas June 22, 2015
Kalau di Hollywood, ayat keramat ni sudah pasti jadi box-office..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.