11 GOLONGAN YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Salam pagi Ahad, hari nie FC nak kongsi sikit berkaitan ilmu agama mengenai golongan yang mendapat doa malaikat. Terdapat 11 orang yang mudah dapat doa dari malaikat iaitu:
  • Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..
  • Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat..
  • Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..
  • Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)..
  • Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah..
  • Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..
  • Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah..
  • Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan..
  • Orang yang membelanjakan harta (infak)..
  • Orang yang sedang makan sahur..
  • Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

6 comments.. read them below or add one

jebengotai jebengotai May 06, 2012
semoga tergolong medapat doa malaikat.. :)
Hanif Hanif May 07, 2012
nice entri ..
thanks for info
Support me by Daily vote me for blogger of the year
onlajer onlajer June 13, 2012
benda yang memang patut dikongsi biar beribu kali

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.