Bekas Ahli Kumpulan X Factor Dirompak Selepas Kemalangan | James Vernon Budge @ Hafiz
Assalamualaikum,
Bekas ahli kumpulan X-Factor, James Vernon Budge atau nama Islamnya Hafiz setelah memeluk Islam pada 2000 mengalami kerugian berjumlah RM2,500 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam akibat dirompak mat rempit selepas terbabit dalam kemalangan
Rakan Hafiz yang dikenali sebagai Siew Mei menceritakan kejadian itu bahawa Hafiz dalam perjalanan dari Pahang selepas menemui isterinya yang baru keguguran anak pertama.
"Hafiz tidak sedar langusng bagaimana kenderaan yang dinaikinya terbabas sebab kejadian yang berlaku tersebut dikatakan sangat pantas.
“Sudahlah dia menanggung kesakitan akibat kemalangan, lepas tu dirompak pula,” katanya.
Nasib baik orang awam yang menyedari kemalangan tersebut bertindak membantu Hafiz.
“Keadaan Hafiz kini stabil. Dia mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena serpihan kaca dan kecederaan di dada. Akibat kecederaan itu, dia sudah menjalani pembedahan dan dijangka keluar hospital beberapa hari lagi,” katanya.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.