Jangan jadi pondan!

Gambar hiasan 

Assalamualaikum,
Sesiapa pembaca yang singgah di sini, yang dah sambut hari ulangtahun untuk tahun 2012?
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana telah memberi kehidupan kepada kita sehingga ke hari ini.
Anak perempuan mak beberapa kali dah tegur mak sebab selalu guna perkataan sambut harijadi. Katanya kita dah dijadikan Allah s.w.t sejak azali. Hari kelahiran kita yang kita tahu tarikhnya tapi tidak pada hari jadi. Maka sambut ulangtahun hari lahir bukan hari jadi!
Nak dengar satu cerita lawak?

Seorang anak bertanya kepada ibunya, "Mama, bila hari ulangtahun  saya ke-17 nanti, boleh buat pesta di rumah?"
Jawab mama, " Boleh...boleh...Nanti mama akan aturkan."
Anak: Ma,...boleh saya ajak kawan2 saya sekali?
Mama: Boleh!...nanti mama uruskan jemputannya.
Anak: Ma..., boleh saya pakai baju baru warna pink?
Mama: Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka pada hari ulangtahuin ke - 17 itu, bersiaplah dia untuk berpesta bersama kawan-kawannya dengan memakai baju pink dan terlintas dia untuk bertanya satu perkara lagi kepada mamanya.

Anak: Ma...boleh saya pakai lipstick tak?
Mama: Tak boleh!
Anak: Ala....mama, pada hari ulangtahun ke-17 ni kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh....


Mama: Tak boleh! Kamu boleh nak berpesta, boleh jemput rakan-rakan kamu,boleh pakai baju pink, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick!

Anak: Alaaaa…boleh la mama……., please...…

Mama: Azwan!!!!kali ni mama tidak mahu berkompromi….TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Laaa…kan senang kalau kita tau awal-awal lagi ni dialog mama dgn Azwan…ya ketegasan memang perlu dalam hal mendidik anak-anak dan berkata TIDAK jika ia melibatkan hukum-hakam agama.

Sebenarnya inilah pokok bicara mak kali ni.  Dalam satu majlis kenduri hujung minggu lalu, mak terpegun tengok kanak-kanak lelaki dipakaikan tudung yang diambil dari kanak-kanak perempuan …memang nampak comel, kalau tidak dicegah, boleh memudaratkan.  Kanak-kanak bukannya tau apa….itu kata kita. Sebenarnya dia tau juga, sekurang-kurangnya bila dia pakai ‘begitu’ dilihatnya semua orang senyum atau ketawa, mindanya terima sebagai orang suka. Lain kali dia pakai lagi kerana beranggapan orang suka dan ini juga adalah satu cara seseorang menarik perhatian orang lain.
Keinginan seorang ibu untuk memiliki anak perempuan juga mendorong dia memakaikan pakaian ala-perempuan kepada anak lelaki selain pergaulan harian lelaki di kalangan  perempuan atau sebaliknya.
Cegahlah dari sekarang…bila mereka dewasa nanti sukar nak dibendung.  
Sukar nak kita perasan bila lihat anak gadis tinggal serumah beberapa orang, ..lumrahlah semasa belajar, bekerja sebelum mereka berkahwin, begitu juga kalau kita lihat beberapa anak muda lelaki tinggal serumah, bukannya lelaki dan perempuan tinggal serumah, barulah kita selidik dah kawin ka?

Disini mak paparkan hadis-hadis nabi yang berkaitan,
Pertama: Larangan Rasulullah s.a.w menyerupai jantina yang berlainan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ"

Terjemahan: Dari Ibn 'Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki."
-
Kedua: Larangan Rasulullah s.a.w Terhadap Lelaki Yang Berpakaian Wanita dan Wanita Berpakaian Lelaki
Daripada Abi Hurayrah r.a.:

"لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ"

Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki."
-
Ketiga: Tindakan Rasulullah s.a.w Terhadap Golongan Pondan
Daripada Ibn 'Abbas r.a, berkata;

i)
لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ وَأَخْرَجَ فُلَانًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا

Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang bersifat kewanitaan dan wanita yang bersifat kelakian, dengan sabdanya: "Keluarlah mereka daripada rumah-rumah kamu." Ibn Abbas menambahkan lagi: "Maka Nabi s.a.w telah mengeluarkan si fulan, dan Umar juga telah mengeluarkan si fulan."
-
ii)
عَن أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ عِنْدَهَا وَفِي الْبَيْتِ مُخَنَّثٌ فَقَالَ الْمُخَنَّثُ لِأَخِي أُمِّ سَلَمَةَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ إِنْ فَتَحَ اللَّهُ لَكُمْ الطَّائِفَ غَدًا أَدُلُّكَ عَلَى بِنْتِ غَيْلَانَ فَإِنَّهَا تُقْبِلُ بِأَرْبَعٍ وَتُدْبِرُ بِثَمَانٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلَنَّ هَذَا عَلَيْكُنَّ

Terjemahan: "Daripada Ummu Salamah, bahawa Nabi s.a.w berada di rumahnya dan terdapat di sebuah rumah seorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi s.a.w berkata kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: "Jika Allah membebaskan Ta'if bagi kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan pada kamu rumah Binti Ghaylan, yang datang dengan empat dan pergi dengan lapan anggota". Maka sabda Nabi s.a.w: "Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu."

Jadi, jangan sekali-kali jadi pondan. 
Masa mak kecik2 dulu kat kampong pondan disebut ‘darai’, Sekarang lebih dikenali dengan gelaran  ‘mak nyah’ atau ‘bapuk’.  Dalam keluarga mak,  perkataan pondan/darai adalah antara perkataan2 yang dilarang sebut, seperti bodoh, jahat, dan babi terutama semasa bermain atau bergaduh.
Beberapa hari lepas seorang kawan mak beritahu, dia sedang ber'shopping' di sebuah shopping complex, dia ternampak sekumpulan pondan sedang memilih tuala wanita! 
Seolah-olah sengaja mereka mengambil kesempatan untuk mendekati barangan wanita.


Marilah kita beramai-ramai hindarkan masyarakat kita daripada terjerumus dalam lembah dosa ini. 

2 comments.. read them below or add one

Hanif Hanif July 13, 2012
Sekarang ni ramai lelaki yang pondan!!
Unknown Unknown July 30, 2012
berdoalah agar kita semua dijauhkan dr perkara seperti itu...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-zoo-taiping-night.html

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.