Konsep dan Takrifan - Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015

Konsep dan Takrifan - Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015 - Assalamualaikum,  objektif pertama kajian dalam membuat Tugasan Geografi PT3 tahun 2015 adalah mentakrifkan kegiatan ekonomi. Takrifan kegiatan ekonomi boleh dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti di bawah. Pastikan nama kawasan kajian ditukar mengikut tempat tinggal atau kawasan kajian anda.

Takrifan Kegiatan Ekonomi

Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114 :

Kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang. Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.

Rujukan :
Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.

Menurut BusinessDictionary.com :

Kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.

Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 :

Kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti.

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379 :

Ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)

  • Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. 
  • Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah)
  • Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1 Markah)
  • Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah).
  • Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah)
  • Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).
Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan.

Dalam erti kata lain, kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan.

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian (berikan contoh di kawasan kajian anda).

Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara. Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, sektor Sekunder dan Sektor Tertier. Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, pembalakan dan perlombongan. Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan. Sektor tertier pula merangkumi
Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan Kewangan.

Contoh huraian lain:

Konsep dan Takrifan - Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015


Kredit Bintangsukan Cekgu Norazimah Cerita Cinta Balqis Melvister & Rossa Calla

INFO TUGASAN GEOGRAFI PT3 2015
4) CADANGAN USAHA MENINGKATKAN PENDAPATAN PENDUDUH -http://depalma-sp.blogspot.com/…/cadangan-usaha-meningkatka…
5) KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI DIMAJUKAN DI KAWASAN KAJIAN - http://depalma-sp.blogspot.com/…/kegiatan-ekonomi-yang-berp…

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.