Nor Ain dibakar dua minggu lalu?


KOTA BHARU – Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi, 16, yang rangka mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang dekat sini pada Isnin lalu dipercayai telah dibunuh dan dibakar dalam tempoh dua minggu sebelum rangka mangsa ditemui.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada gadis tomboi itu dibakar hidup-hidup atau mangsa dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar.

“Setakat ini, kita mendapati Nor Ain dan motosikal miliknya dibakar. Polis menemui rangka motosikal mangsa yang hangus dan tulang-tulang manusia termasuk beberapa barangan peribadi mangsa di lokasi kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu dan tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan dadah dan orang yang dikenalinya.
Kosmo! semalam melaporkan misteri kehilangan seorang remaja tomboi sejak 21 hari lalu terungkai apabila rangka Nor Ain ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh oleh seorang pemandu lori yang melalui kawasan itu.

Nor Ain yang sudah tidak bersekolah, sebelum ini dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya sejak 3 April lalu.

Jarak rangka Nor Ain ditemui dengan rumahnya kira-kira 500 meter.

Ekoran penemuan itu, enam lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Saiful Bahri berkata, polis dalam proses menahan beberapa suspek lain bagi membantu siasatan pembunuhan Nor Ain.

sumber : kosmo online

Sekarang ni mangsa jenayah dibakar, menjadi-jadi mcam satu trend pula. Manusia dah menjadi semakin kejam. Kita mungkin terselamat dari lingkaran gunung berapi tapi sesak dgn ancaman daripada sesama manusia. Pengajian agama di media elektronik dan akhbar makin bertambah untuk mendekati kita tetapi akhlak kita semakin menurun. Adakah ini kesan daripd sistem pendidikan kita 20 thn lalu atau petanda arus pemodenan....

3 comments.. read them below or add one

JebengOtai™ JebengOtai™ April 27, 2012
mungkin kurng didikan dan kasih syg dri keluarga sendiri..

sbb dri kecil mereka dah idup dgn keluarga msing2
Hanif Hanif April 27, 2012
Ini adalah sikap manusia tu sendiri...
Walau kau ada ilmu setinggi mana pun tapi akhlak kau rendah..itulah jadi..
Lagipun pengaruh luaran banyak sangat bro
Vote Me For Blogger Of The Year
Santai2Centre Santai2Centre June 02, 2012
banyak faktor yang mempengaruhi...ssetengahnya kerana terlalu dimanjakan oleh ibubapa sendiri hinggakan tdk boleh ditegur oleh orang lain, dan ada juga disebabkan pengaruh kawan,dan media..apapun, hari ini memang terlalu sukar bagi kita membentuk jenerasi kita kerana sudah terlalu banyak pengaruh luar yang boleh diakses sendiri oleh pelaku-pelaku yang tidak bermoral ini...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.