Ilmu, amalan baik boleh hindari penyakit hati
hyhhhHATI, ibu segala anggota pada badan yang menjadi tunjang utama kepada setiap tindakan serta perlakuan manusia. Namun, hati memerlukan penjagaan dan pemeliharaan sebaiknya kerana ia senang diserang segala jenis penyakit berbahaya jika tidak dijaga.
Pelbagai penyakit kronik berkaitan hati seperti radang hati, barah, bengkak hati mahupun hepatitis, ramai tidak menyedari ada penyakit hati yang lebih kronik iaitu penyakit batin yang tidak mampu dilihat mata kasar melainkan dirasai sendiri oleh penderita.
Perasaan dendam, hasad, segala jenis kebencian dan amarah adalah antara penyakit hati mesti dihindari. Tiada sebab untuk kita sebagai manusia bersikap zalim terhadap hati kerana kemahuan dan kecenderungan hati untuk mengenal pencipta, beribadah kepada-Nya dan berhikmah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Dan jika seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Meskipun natijah penyakit hasad ditanggung sendiri oleh penderita, jika tidak dikikis dikhuatiri boleh memberi kesan buruk dan menjejaskan perpaduan serta keharmonian hidup bermasyarakat. Kita dianjurkan berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad.
Allah SWT melarang hamba-Nya mempunyai perasaan hasad serta sifat keji lain seperti mengumpat dan memfitnah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan jangan setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujraat, ayat 12)
Sering kali masyarakat Melayu dikaitkan dengan perasaan hasad dengki. Dikatakan orang Melayu tidak boleh maju kerana jika maju, ada saja orang yang akan berdengki. Benar atau tidak bukan persoalannya kerana ia mungkin hanya persepsi hasil penelitian suasana persekitaran.
Rentetan itu ada melihat hasad sebagai pengalaman biasa yang dilalui dalam hubungan manusia dalam setiap budaya, malah ada mendakwa ia fenomena tertentu sesuatu budaya.
Berbanding budaya masyarakat Arab, walaupun mereka dikenali dengan sikap agak kasar, dalam soal penyakit hati ini mereka terlalu menjaganya, tiada perasaan hasad sebaliknya hanya persaingan untuk menjadi lebih baik.
Oleh itu, tidak kira siapa kita, ahli politik, pelajar, pendidik mahupun ilmuwan, penyakit ini akan tetap berjangkit dan terus membarah jika hati empunya diri tidak dijaga serta dididik. Bukan salah hati dan bukan salah pangkat atau darjat yang dipegang, tetapi kerana terlalu ikutkan nafsu hati tidak terjaga.
Kata pepatah, ‘ikutkan hati mati, ikutkan nafsu lesu’. Maka menjadi tanggungjawab kita menjaga kebaikan dan kesucian hati daripada terkena sebarang kotoran atau penyakit. Penyakit hati jika tidak dibendung boleh membawa kepada kehancuran agama, bangsa dan negara.
Hanya dua cara dapat mengubati penyakit hati iaitu ilmu dan amal. Ilmu yang bermanfaat mampu mengubati penyakit hasad apabila kita tahu bahaya hasad terhadap diri, baik dari segi agama mahupun dunianya.
Ubat kedua adalah amal perbuatan dengan memperbanyakkan melakukan perbuatan baik yang boleh mendidik hati ke arah kebaikan.
Ulama berpandangan, penyakit hasad mampu diubati dengan menghayati prinsip akidah, berusaha melawan kehendak nafsu yang mengganas, bertaubat kepada Allah SWT serta berdoa supaya dilenyapkan sifat hasad dalam kehidupan seharian.
sumber : berita harian
3 comments.. read them below or add one
jebengotai
April 25, 2012
penyakit hati umpama barah..jika lambat dirawat..ia akan merosakkan badan.. :)
Rambo
October 07, 2014
syaa suka tajuk ini.
saya ada sikit petua yg dgr dpd ceramah seorang ulamak dar iarab kalau tk silap.
saya rasa petua itu ada betulnya kerana umat islam melayu jarang mengamalkannya.
org melayu biasa dan rajin dgn sebutan alhamdulillah bila dpt sesuatu nikmat, astaghfirullah, subhanallah, allahuakbar, innalillah.... semua disebut sesuai dgn keadaannya.
namun org melayu jarang sebut satu kalimah. jika kita mendapat nikmat kita menyebut alhamdulillah. tp jika kita mendengar org lain kawan2 dan org terdekat misalnya mendapat nikmat, apa yg biasa kita sebut? mungkin kita juga sebut alhamdulillah.
ini kurang tepat.
kalimah yg tepat ini jika disebut ketika org sekeliling mendapat nikmat, akan menyebabkan syaitan yg menghasut hasad dengki tidak dapat mnghasut. maka org keliling yg mengucap kalimah ini bila mendengar kawan2 dsb mendapat nikmat akan terhindar dr dihasut syaitan utk hasad dengki.
marilah kita sama2 beramal dgn kalimah ini jika mendengar org sekeliling mendapat nikmat.
kalimah nya ialah ;
MASYAALLAH
(kalau suka yg lebih panjang tanyalah org alim2)

Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Thanks for entri untuk mengingatkan aku...
Ambil Kesempatan Vote Me as Blogger Of The Year