Perbezaan Ikan Keli Yang Halal Atau Haram Dimakan


Ada sesetengah orang tidak tahu bahawa terdapat jugak ikan keli yang haram dimakan..jom baca lagi untuk mengetahui bagaiman cara untuk mengenal pasti ianya halal atau haram untuk dimakan..

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


p/s:okay..lepas ni hafal info nie atau cetak untuk kesenangan ketika membelinya di pasar agar tidak tersilap pilih...

Sumber:sempoi

{ 11 comments.. read them below or add one }

SoLy SoLicious SoLy SoLicious October 08, 2011
lepas ni kena berhati2 la..dh la feveret kite tu..huhu
liefi akila liefi akila October 08, 2011
klo bli yg da siap dimasak cmne nk cam ek?
tehkopi tehkopi October 08, 2011
haaa sudah..nasib x makan ikan keli..
hyhhh hyhhh October 08, 2011
@SoLy SoLicious
btol tu...Afif pon suka jugak...
Ikram Potter Ikram Potter October 09, 2011
Syukur alhamdulillah...aQ x pndi mkn ikan keli..
emma marini emma marini October 11, 2011
My gynae cakap ikan keli ni adalah sumber protein termurah kat Malaysia ni, sebab tu memang laku bisness dia, then kandungan DHA yang sangat tinggi baik untuk kesihatan kita. Orang2 bandar ni dia tak beli lagi kat pasar, kalau tak pandai masak basuh tak bersih mesti akan ada bau tanah walaupun setelah dimasak jadi biasanya makan yang dah siap masak di restoran. Cemana nak kenal yer?
AnonymousAnonymous January 29, 2013
Spesis ikan keli banyak laaa.....
ada Keli kayu, keli lemak, keli limbat dan keli afrika....

ikan keli yg banyak ada di pasaran malaysia ni adalah ikan keli dari afrika. yg diternak.
AnonymousAnonymous January 29, 2013
TIDAK ada cara utk membezakan ikan keli mengikut sumber makanan dia.. yg boleh hanya membezakan ikan keli mengikut spesis dia... dan biasanya spesis yg paling banyak org bela adalah ikan keli Afrika. yg asalnya diimport dari afrika sbb ianya cepat membesar, berbanding keli local malaysia seperti keli kayu dan keli lemak. Keli limbat susah nak dapat, ramai org tak kenal pon...

apa2 haiwan yg makan barang haram kalau kita tidak nampak, tidak akan jadi haram. perkara ni kena rujuk pada yg pakar.. sila rujuk pada ustaz Zairuddin Abdul Rahman, dia ada bincang dah perkara ni. Wallahua'lam....
Firdaus Firdaus November 18, 2013
Pembetulan salah fakta “Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal” yang tersebar di internet
Posted on March 13, 2012 by sitik

Banyak tersebar di internet terutama di facebook tentang “Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal” yang mana info yang diberikan oleh penulis asalnya adalah salah sama sekali. Saya rasa terpanggil untuk membetulkan fakta yang kurang tepat ini supaya orang ramai tidak mudah tertipu atau terkeliru dengan “khabar angin” atau dari pandangan orang yang kurang ilmu dalam perkara ini.

Jika orang ramai percaya dengan artikel ini, dikhuatiri penternak ikan keli yang tidak tahu hujung pangkalnya yang akan menjadi mangsa, kerana pembeli takut untuk membeli ikan keli kayu atau hibrid ikan keli Afrika yang dikatakan haram kerana tulang supraosipitalnya (kepala) berbentuk “V”.

Sebenarnya tiada kaitan antara makanan haram atau halal yang dimakan oleh ikan keli atau mana-mana haiwan dengan bentuk morfologinya. Perbezaan bentuk morfologi yang dinyatakan dalam artikel ini hanya ciri-ciri luaran semulajadi untuk membezakan antara spesies ikan keli, bukan disebabkan makanannya halal ataupun tidak. Mungkin kebetulan semasa penulis artikel asal pergi ke kolam ternakan ikan keli kayu atau ikan keli Afrika hibrid, penternak memberi makanan yang tidak halal, maka penulis terus membuat kesimpulan yang kurang tepat.

Berikut diberikan fakta mengenai 3 spesies ikan keli yang biasa terdapat di negara kita, termasuk 2 spesies tempatan iaitu keli kayu dan keli bunga dan satu spesies keli Afrika (diperkenalkan dari Afrika dan sekarang telah banyak terdapat hibridnya diternak di negara ini). Perhatikan rajah-rajah yang membezakan ketiga-tiga spesies ikan keli ini.

No. 1: Ikan keli bunga (Clarias macrocephalus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “U” dan bahagian atas (dorsal) badan warna hitam kelabu manakala di bahagian bawah (ventral) berwarna putih kelabu. Kadang-kadang terdapat juga bintik-bintik kelabu putih di badan.

No. 2: Ikan keli kayu (Clarias batrachus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” dan bahagian atas (dorsal) badan berwarna hitam berkilat manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna putih. Badan lebih panjang dan kurus berbanding keli bunga.

No. 3: Ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” (hampir menyerupai keli kayu) tetapi badannya lebih besar, bahagian atas (dorsal) dan sisi (lateral) badan berwarna gelap/hitam manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna kelabu putih. Jika dalam keadaan stress, terdapat bintik-bintik hitam di permukaan badannya. Keli Afrika mempunyai sengat (spina) pektoral yang kurang tajam berbanding dengan ian-ikan keli tempatan.

Perlu diingat bahawa warna air dan tahap kekeruhan air mempengaruhi warna ikan keli, jika warna air hitam maka warna kulit ikan akan lebih gelap daripada biasa, namun begitu bentuk tulang supraosipital tidak akan berubah.

Diharap dengan penerangan yang serba ringkas ini orang ramai tidak lagi terkeliru dengan ciri-ciri ikan keli. Kesimpulannya, makanan haram atau halal tidak mempengaruhi bentuk badan dan morfologi ikan keli. Semoga bermanfaat….
AnonymousAnonymous September 04, 2015
Pernah tk nmpk keliBat ikan keli yg tinggal di kawasan air batu keliKir sungai? Badannya keliCinan dan matanya tidak keliHatan.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.