Pada suatu masa dahulu ada seorang budak perempuan yang saaangat commmmmmmmmmmm(selepas 2 minit)melllllllllllla, rambutnya pannnnnnnnnnjang, hittttttam, kulit nya puttttttttttt(selepas 2 minit)tih, gebbbbbbbbb(selepas 2 minit)bula.....dia suka pakai baju warna merah , stokin merah, kasut merah, skirt merah dan topi merah. Ada ribbon kat topi, kadang-kadang kat baju atau kat skirt, pun warna merah.. pendek kata semua merah sebab tu orang panggil kat dia apa? Ha...Si Topi Merah... cutekan ?
hari-hari dia suka sangat petik bunga di sekeliling rumah sambil bernyanyi-nyanyi sorang diri. Bunga-bunga tu dia akan letakkan dalam raganya yang sangat cannnnnntik.
Pada suatu hari sedang dia leka memetik bunga, emak Si Topi Merah panggil dan suruh hantarkan kek kepada neneknya yang tinggal di rumah dekat pinggir hutan.
"Topi Meraaahhh...." , "Ya maaakk..." lemah lembut sangat suara dia jawab.
"Tolong emak hantarkan kek kepada nenek...bolehhhh..??" " Boleh makkk...mana dia? Topi Merah pergi sekarang juga ye!"
Emaknya berpesan , "Topi Merah jangan singgah-singgah tempat lain tau? terus saja pergi ke rumah nenek. Tolong sampaikan peluk cium emak kepada nenek juga tauuu?"
"Baik, mak. Topi Merah pergi dulu ....." sikitpun Topi Merah tak membantah arahan emaknya.
Dalam perjalanan Si Topi Merah bernyanyi -nyanyi sambil memetik bunga yang berwarna-warni ke dalam bakul kek. Siapa yang tegur dijawabnya dengan sopan sambil tersenyum, menampakkan giginya yang sangat putttttttttt(2 minit kemudian)tih tu!" Topi Merah nak ke rumah nenek di hujung sana tu..."
Dari jauh di celah-celah pokok , terlihatlah oleh serigala akan benda merah bergerak-gerak, diamati betul-betul, " Apatuuu...!! Ooo...budak commmelnya..Emmm...seedap ni ..., emmm ...aku ada idea..."
Sesampai di rumah nenek, Si Topi Merahpun memberi salam lalu masuk kerana pintu dah terbuka. Dia lihat nenek tak ada pula di atas kerusi enjut dekat tingkap. Selalunya nenek membaca atau menjahit atau mengkait dan akan menyambut kedatangannya. Bila dipanggil lagi, terdengarlah dia yang nenek berada di dalam bilik tapi suaranya agak besar. Si Topi Merah terus ke dapur untuk letakkan kek ke dalam pinggan.
Bila sampai ke dalam bilik Topi Merah terkejut lihat neneknya masih belum bangun.
"Nenek sakit ke?Kenapa nenek berselimut? Suara nenekpun lain?" Si Topi Merah naik ke katil dan memeluk nenek sambil menyampaikan pesan emaknya.
Dengan suara terketar-ketar nenek berkata, " Nenek tak sihat.. batuk.. sebab itulah suara nenek besar.."
Nenek memegang tangan Topi Merah, "Aduh! kuku nenek panjang!"
"Oh! Nenek tak larat nak potong kuku."
"Mari Topi Merah potongkan kuku nenek."
Bila topi Merah pegang tangan nenek dilihat tangan neneknya berbulu. "Kenapa tangan nenek berbulu?"
"Oh! Nenek dah tua sebab tu bulu roma nenek dah panjang." Namun Si Topi Merah tidak mengesyaki apa-apa, sebaliknya memegang tangan neneknya dengan lemah lembut.
"Nanti, selepas kita potong kuku kita boleh makan kek yang emak buat, seddaaap tau nenek." Sebaik Topi Merah menyebut perkataan sedap, badan nenek tersentak, "kenapa nenek?" terpacul dari mulut nenek, "nenek lapar!" Si Topi Merahpun turun dari katil menuju ke dapur untuk buatkan minuman. Si Topi Merah terpandang ke cermin yang tergantung di dinding berdepan dengannya. Di dalam cermin dilihat satu lembaga besar berdiri dengan tangannya hendak menerkam belakangnya, mulutnya muncung dengan giginya tajam, meleleh air liur dan mata merah menyala...Si Topi Merah menjerit, "Tolooooooongg! ....tolooooooooongg!"
sambil berlari keluar dari rumah neneknya. Si Topi Merah berlari dengan sekuat hati, tiba-tiba terdengar bunyi suara kuat dan benda jatuh di belakangnya. "Aarghhh!!.." Bila Si Topi Merah pandang ke belakang, dilihatnya seekor serigala yang besar di atas tanah dan seorang tukang kayu dengan kapak besar berlumuran darah di sebelahnya.
Si Topi Merah mendekati serigala yang sudah kaku itu. Perutnya besar. Tukang kayu membelah perut serigala itu dengan kapaknya dan kelihatan nenek di dalamnya, "Neneeeeekkk!!!"
Dedikasi kepada : Anak-anak ku,
Anak-anak saudaraku.
Si Topi Merah
hyhhh2 comments.. read them below or add one
Anonymous
May 06, 2010
lawak jugak cara cerita ini tetapi akhir sekali nenek "SI TOPI MERAH" kena makan dengan serigala ka?
Anonymous
May 06, 2010
saya ingatkan serigala tu nenek,rupa-rupanya nenek dah kena makan dengan serigala!!!!!!!
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →