Berita Palsu..Pelajar Maktab Mahmud Tiada Kaitan Dengan Kes Buli Di Asrama Yang Lalu

Pelajar Maktab Mahmud Tiada Kaitan Dengan Kes Buli Di Asrama Yang Lalu, Berita palsu kes buli di Asrama Sekolah Maktab Mahmud Padang Terap Kedah - Assalamualaikum, menerusi makluman rasmi daripada Pentadbiran Sekolah Maktab Mahmud Padang Terap, insiden video rakaman kes buli tiada kena mengena dengan sekolah terbabit. Laporan polis telah dibuat susulan pengguna laman sosial menyebarkan maklumat palsu yang boleh mencemarkan imej sekolah tersebut. Pada masa yang sama turut tersebar adalah foto pelajar yang kononnya pembuli yang memakai baju hitam. Hasil tinjauan kami mendapati foto pelajar itu bukanlah foto si pembuli yang memakai baju singlet hitam yang kini dikehendaki pihak polis. Untuk info terkini, pihak PDRM sedang melakukan siasatan secara terperinci bagi mengenalpasti sekolah dan lokasi kejadian dalam rakaman kes buli berkenaan.


1 comment... add one now

AnonymousAnonymous November 06, 2014
Mmm..kesian jadi mangsa fitnah..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.