RIBUT

Dua hari lepas rumah saya dilanda ribut... seram .. sebab angin tu datang ke arah rumah. Rumah jiran depan hampir-hampir tak nampak. Bunyi angin yang menyeramkan ditambah dengan hujan yang lebat buat hati jadi gelisah kerana anak-anak masih kat sekolah. Dua tiga keping genting atap rumah saya terselak dan beberapa biji pasu bunga terbalik dan pecah. Selepas asar, suami dan jiran-jiran gotong-royong angkat pondok security guard yang berguling-guling masuk ke paya berdekatan. Besoknya pergi kerja...masya Allah suasana macam dilanda burung garuda!!!Pokok-pokok besar tumbang dan ada yang terangkat akar!...Apapun saya rasa sangat bersyukur tak dengarlah pula ada kemalangan jiwa... tak macam kakak ipar sekeluarga dan jiran sekampungnya di Kg Tepi Sungai, Kuala Sungai Muda yang masih trauma tsunami sampai hari ini!

Ditulis oleh mak RIBUT

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.