Lorong Manakah Penunggang Motosikal Patut Pilih Jika di Lorong Kecemasan Merupakan Kesalahan? Menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain, lorong kecemasan tidak boleh digunakan oleh pengguna motosikal. Oleh itu ramai netizen mempertikaikan kenyataan itu.
Hal ini menurut netizen, jikalau motosikal 250cc kebawah tidak boleh menggunakan lorong kecemasan itu, lorong mana pula yang harus mereka pilih? Sedangkan lorong tengah berkemungkinan peratusan berlakunya kemalangan lebih tinggi disebabkan oleh kenderaan besar lain yang laju.
Oleh itu, netizen mengemukakan bukti bahawa motosikal boleh menggunakan lorong kecemasan berdasarkan kenyataan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan pada tahun 2009 dalam satu artikel Utusan Malaysia bertajuk "Kompaun serta-merta guna lorong kecemasan".
Dalam artikel tersebut, Dato Salim Parjan berkata "Kenderaan lain selain motosikal tidak boleh menggunakan lorong kecemasan." (rujuk gambar di bawah)
Sebalikya, pihak polis pula mengeluarkan kenyataan yang bertentangan iaitu motosikal tidak boleh menggunakan lorong kecemasan. Ini bukanlah kenyataan pertama kali daripada pihak polis kerana pada tahun 2004 lalu juga melalui akhbar Utusan, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman menyatakan motosikal tidak boleh menggunakan lorong kecemasan. (rujuk gambar bawah)
Oleh yang demikian, apakah status sebenarnya menggunakan lorong kecemasan kerana kenyataan JPJ yang bercanggah dengan PDRM?
Berdasarkan carian di laman web milik JPJ carian jawapan mengenai adakah salah motosikal menggunakan lorong kecemasan?
Dan akhirnya jawapannya terjawab di artikel "Kadar Kompaun Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987" di mana tertulis bagi kesalahan motosikal kurang daripada 250cc.
Pada bil nombor 9, jenis Kesalahan berkaitan penggunaan lorong kecemasan, meletakkan/menunda. memandu di lorong kecemasan, pemandu motosikal boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.
Di sini telah terjelas bahawa kenyataan oleh pihak polis mengenai penggunaan lorong kecemasan oleh semua kenderaan termasuk motosikal adalah melanggar undang-undang.
Tetapi netizen masih tertanya-tanya, jika kami sebagai penunggang motosikal, jalan mana harus kami lalui jika lorong kecemasan tidak boleh di lalui? Bukankah terlalu sedikit lebuhraya yang menyediakan laluan motosikal dan adakah kami harus menggunakan lorong tengah?
Jika lorong tengah yang merbahaya itu dibenarkan kami guna, satu artikel yang dinaikkan oleh portal TheSunDaily bertajuk "Authorities to enforce law prohibiting motorcycles from riding on the fast lane" di mana Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Azizi Kaprawi berkata pihak kementerian akan meminta kesemua pihak penguatkuasa trafik untuk mengharamkan motosikal dari menunggang di lorong kanan atau lorong memotong.
Jadi lorong mana yang harus kami guna jadakah lorong kenderaan tepi bersama kenderaan lain? Harap pihak berkaitan dapat tampil menjawab