Feri Baru Berkelajuan Tinggi Kuala Kedah - Langkawi Satu Jam

Feri Baru Berkelajuan Tinggi Kuala Kedah - Langkawi Satu Jam - Sani Ekspress perkenalkan perkhidmatan baru feri berkelajuan tinggi yang pertama dari Kuala Kedah ke Langkawi bakal beroperasi pada Julai 2017.

feri baru kuala kedah langkawi

Pengasas Sani United Berhad (Sani Express), Datuk Wan Mohamad Sani Salleh, berkata pihaknya akan menyediakan dua feri yang membabitkan pelaburan RM50 juta.

Feri dua tingkat itu boleh memuatkan 450 penumpang iaitu 400 untuk kelas ekonomi dan 50 kelas bisnes.
feri baru kuala kedah langkawi

"Kami baru mendapat kelulusan Jabatan Laut bagi memulakan operasi feri ini," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Dana Mudahcara Di Bawah Inisiatif Dana Mudahcara Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU), di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
feri baru kuala kedah langkawi

Wan Mohamed Sani berkata, perkhidmatan feri itu akan memendekkan waktu perjalanan berbanding feri sedia ada.

Ketika ini, perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa antara satu jam 45 minit hingga dua jam, tetapi feri baharu itu hanya mengambil masa satu jam.

"Kami memohon kepada kerajaan supaya menaik taraf terminal feri di Kuala Kedah bagi kemudahan dan keselesaan pengguna," katanya.

{ 9 comments.. read them below or add one }

kak tie kak tie June 08, 2016
dah lama x singgah sini..salam ramadhan
Famili Ceria Famili Ceria June 08, 2016
salam ramdahan juga kak syah
9W2 CZL Zubair Samat 9W2 CZL Zubair Samat June 11, 2016
Sy ingin menarik perhatian mengenai berita di atas. Sebenarnya tidak membawa apa-apa makna pun bagi kami. Bukan feri laju atau super feri atau apa...tetapi sistem yang harus berubah. Selagi terma "jadual perjalanan adalah hak milik syarikat"..maka selagi itu sistem tidak berubah. Jabatan Laut memang tidak boleh diharap langsung.Lihat saja musim cuti atau musim perayaan. Apa yang berlaku di jeti-jeti kuala perlis dan kuala kedah? Dimana Jabatan Laut? Bila kakitangan Jabatan Laut memeriksa feri ketika penumpang ramai? Kenapa sijil pelepasan belayar hanya keluar 15-30 minit selepas waktu sepatutnya feri bertolak?
Azhan Khairil Azhan Khairil October 03, 2016
Bagus da ada kemdahan feri mewah mcmni
AnonymousAnonymous June 06, 2017
Syabas kpd sykt Sani. Tapi ramai tak tahu atau perasaan yg dulu dah ada feri canggih berkelajuan tinggi yg diusahakan oleh pihak LADA. Feri feri tersebut dinamakan LADA SATU hingga LADA LIMA (5 buah). Feri feri ini menggunakan sistem water jet dan perjalanan dari Langkawi ke K. Kedah hanya mengambil masa 1 jam dan ada yg hanya 50 minit. Tetapi syarikat milik bumiputera ini telah lingkop akibat "disabotaj oleh bangsa sendiri dan akhirnya feri feri tersebut dijual kpd syarikat bukan bumiputera. sistem waterjetnya telah ditukar kesistem kipas biasa dan bergerak perlahan. saya ingin sarankan kpd empunya sykt Sani agar berhati hati dg kakitangan feri tuan kerana busuk hati sykt bukan bumiputera yg sekarang ini memonopoli feri di Langkawi mungkin meracuni kakitangan feri tuan untuk mensabotaj kelancaran feri tuan kelak seperti akan kerap tersedut sampah kedalam sistem waterjet. Selalulah ubah laluan feri agar tidak tersedut "sampah" yg sentiasa terapung semasa dalam pelayaran kerana ini akan membantutkan kelancaran enjin dalam pelayaran.
AnonymousAnonymous July 03, 2017
Sekarang dah masuk bulan Julai 2017. Feri Ekspres Sani ni dah beroperasi kah?
AnonymousAnonymous July 03, 2017
Musuh sentiasa berada disekeliling usahawan Melayu. Yang menjadi pengkhianat adalah pekerja syarikat Melayu sendiri. Mudah sangat disogok.
AnonymousAnonymous July 12, 2017
Terminal cantik...samada kuah atau kuala kedah atau kuala perlis. Tp servis mcm hampeh. Terutama penumpang yg hendak mnggunakan wheelchair. Seorang kena pergi ke dlm balai berlepas untuk ambil. Lepas tu datang ambil pesakit td. Kena tinggal mykad pulak tu. Lps hntar pesakit terpaksa datang pulak utk ambil mykad.
Kalau tiba ke langkawi pun sama juga. Pesakit terpaksa tunggu dulu sementara waris pergi ambil wheelchair... tinggal mykad situ. Dtg ambil pesakit dkt feri pastu hntar pesakit. Dtg balik hntar wheelchair. Ini bukan utk kemudahan. Tp lebih menyusahkan. Kalau pesakit yg hospital hntar x apalah sbb sekali dgn stretcher. Masalahnya bg pesakit yg cuma ditemani keluarga dan tidak mempunyai wheelchair sendiri.
Harap pihak yg berkenaan di ketiga2 jeti jangan terlalu bangga dgn servis yg ada sekarang. Ketinggalan terlalu jauh sgt.
potongkayu potongkayu March 12, 2018
berilah sokongan kepada syarikat Melayu -Islam. Kaya kaum asing kerana kebodohan bangsa melayu kerana mengutamakan mereka. Dengan kata lain, Melayu makan Melayu kerana tidak berkiblatkan Islam! Teruskan Sani . Saya bersama pihak Tuan. Buktikan Orang Islam Hebat melepasi tuntutan Syarak.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.