Seorang wanita China, Ma Jei, membuat hairan para pelancung ketika ia memanjat dinding Puri Zhonghau setinggi 20 meter tanpa dilengkapi satu pun peralatan keselamatan, dan ini dilakukannya hanya untuk menghindari tiket bayaran masuk.
Jei yang dibesarkan di Nanjing, provinsi Jiangsu, mengatakan kepada pengunjung bahawa ia telah memanjat dinding Puri Zhonghau sejak kecil dan tak pernah sekali pun membayar untuk masuk ke kawasan tersebut.
Tapi sayangnya, aksi Jei tersebut mendorong pengunjung lain untuk mengikuti jejaknya. Akibatnya dua orang yang cuba aksi nekad ini harus mengalami patah kaki kerana terjatuh, sedangkan tiga lainnya harus diselamatkan oleh polis.
“Dia sangat lincah, sehingga membuat aksi memanjat dinding tampak begitu mudah. Tetapi ketika orang lain mencoba menirunya, mereka menyedari bahawa itu tidak semudah yang mereka fikirkan, ” jelas seorang pelancung.