Lori Arak Terbalik, Melayu dan Gadis Bertudung Beria-ria Kutip Botol Arak

Lori Arak Terbalik, Melayu dan Gadis Bertudung Beria-ria Kutip Botol Arak - Sebuah lori yang membawa minuman keras dilaporkan terbalik dalam satu kejadian kemalangan di sebuah jalan menghala ke Aeon Big di sini, Jumaat lalu.

Lori yang membawa muatan minuman keras itu dilaporkan hilang kawalan lalu terbalik dalam kejadian sekitar jam 7.00 pagi.

Menurut saksi tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Beberapa keping gambar kemalangan tersebut, kemudiannya telah dimuatnaik di laman-laman Facebook.


Melalui gambar tersebut kelihatan orang ramai yang berada di lokasi kemalangan telah mengambil kesempatan dengan mengutip dan mencuri minuman keras yang berterabur di atas jalan raya itu.

“Memalukan, ada dikalangan mereka yang dipercayai berketurunan Melayu turut mengambil kesempatan dengan mengutip dan melarikan tin-tin arak yang berselerakan itu.

” Paling mengejutkan kelihatan wanita bertudung turut mengambil kesempatan atas kejadian tersebut” komen seorang penguna laman sosial, Facebook .

Penambahan : Kesimpulan, jangan terus percayakan media sosial sebab kita pun tak tau apa sebenarnya yang dikutipnya. Jadi kita bersangka baiklah yang dia mungkin nak kutip botol kosong.

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous July 27, 2015
aku tak nampak dia kutip botol arak tu , pada hal bersepah ada dekat2 dia , bersangka baik mungkin dia nak ambil benda lain
AnonymousAnonymous July 27, 2015
Walhal belum tau apa sebenarnya yang dikutip..;)

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.