Contoh Perkaitan Pembentukan Persekutuan dengan Kedaulatan Malaysia

Contoh Perkaitan Pembentukan Persekutuan dengan Kedaulatan Malaysia. Salah satu isi kandungan yang perlu disertakan dalam Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2015 adalah perkaitan pembentukan Persekutuan dengan kedaulatan Malaysia.
PANDUAN CARA BUAT KAEDAH KAJIAN TUGASAN KERJA KURSUS SEJARAH PT3 2015 KLIK Perjanjian Persekutuan 1895

Contoh Perkaitan Pembentukan Persekutuan dengan Kedaulatan Malaysia


Pelajar perlu menulis 3 perkaitan yang lengkap dengan menyatakan huraian dan contoh.

Di antara contoh perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan Malaysia adalah seperti berikut :-

a. Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
b. Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
c. Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial konsep Persekutuan

Huraian :

Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895 dan Kedaulatan Malaysia adalah, dahulunya Pembentukan Persekutuan memberikan kuasa sepenuhnya pada Pesuruhjaya Tinggi British. Manakala urusan seperti ekonomi, kewangan, cukai, dan import eksport pula semuanya dibawah kuasa seorang Residen Jeneral.

Berbeza dengan Kedaulatan Malaysia kini, tiada lagi kuasa luar yang campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia. Ianya dikendalikan sendiri oleh seorang Perdana Menteri ang dilantik melalui sistem demokrasi.

Dari segi agama pula, semasa Persekutuan 1895, Islam kekal sebagai agama rasmi dan pihak British tidak boleh campur tangan dalam urusan keagamaan. Ianya terus kekal sehingga zaman Malaysia berdaulat kini, di mana agama Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia.

Kepentingan persekutuan dari segi ekonomi :

  • Kestabilan politik meyakinkan pemodal-pemodal Eropah dan saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat untuk melabur di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Perusahaan bijih timah dan getah berkembang pesat. Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar terbesar getah dan bijih timah dunia.
  • Kemudahan infrastruktur dan sisteni perhubungan bertambah maju.
  • Pendapatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu meningkat.
  • Perkembangan ekonomi membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat ekoran kemasukan golongan imigran India dan China.
  • Munculnya bandar-bandar baru seperti seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, danAmpang. Perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan kesihatan turut disediakan. 

Kepentingan persekutuan dari segi politik :

  • Pembentukan Persekutuan 1895 menyebabkan raja-raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri di keempat-empat negeri kehilangan kuasa pentadbiran kerana kuasa dimiliki sepenuhnya oleh residen jeneral.
  • Persekutuan merintis kepada penyatuan negeri-negeri Melayu.
  • Ekoran rasa tidak puas hati di kalangan raja-raja Melayu terhadap Persekutuan, Durbar atau --Majlis Raja-Raja Melayu dibentuk.
  • Ketidakpuasan hati raja-raja Melayu juga membawa kepada pelaksanaan dasar pengagihan kuasa. Dasar ini bertujuan mengembalikan sesetengah kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

Kepentingan persekutuan dari segi sosial :

  • Terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain.
  •  Kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. 
  • Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan 
  • Pada tahun 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).
  • Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh.
Berikut disertakan contoh dan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-
Sumber - Musadun dan lain2

{ 23 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous June 27, 2015
THANKYOU FOR ALL THE INFORMATIAN. PRAY FOR MY PT3! FIGTING 10A'S
AnonymousAnonymous June 27, 2015
love this bog.....thank you
hyhhh hyhhh June 27, 2015
You're welcome..may Allah ease you
hyhhh hyhhh June 27, 2015
thank you for visiting my blog in seeking for information
AnonymousAnonymous June 28, 2015
helped me a lot in doing my pt3 project...may god shower u with his grace and blessings....:)
AnonymousAnonymous June 28, 2015
kenape tak dapat copy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hyhhh hyhhh June 28, 2015
cara nak copy adalah dengan highlight lps tu tekan ctrl + c
AnonymousAnonymous June 29, 2015
Good luck for PT3
AnonymousAnonymous June 29, 2015
thanks . pray for my PT3 .
AnonymousAnonymous July 01, 2015
penulisan ni dibukti oleh siapa ya?
AnonymousAnonymous July 05, 2015
Dari segi sosial???????
AnonymousAnonymous July 06, 2015
sungguh membantukan tetapi pada masa yang sama menggelirukan
AnonymousAnonymous July 07, 2015
wow......,comel g2
AnonymousAnonymous July 07, 2015
Sosial x Nak jawab pulak
AnonymousAnonymous July 07, 2015
Dari segi Sosial???x lengkap ni..
Awan Nano Awan Nano July 08, 2015
kenapa tak boleh nak print dr page ni?
AnonymousAnonymous July 08, 2015
TAK LENGKAP LANGSUNG...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................!!!!!
hyhhh hyhhh July 08, 2015
boleh print.. tekan CTRL + P
AnonymousAnonymous July 08, 2015
Who's An ANTI PT3? Please comment. Siapa ANTI PT3 disini?Tolong comment.
AnonymousAnonymous July 09, 2015
(h) (h) (h) (h) (h) (h) (h) (h) (h) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :)

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.