Banyaknya Pasaraya TESCO .... Ramainya Pengunjung TESCO ... Murahnya Barangan TESCO



Pengasas TESCO ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang miskin berusaha sehingga menjadi kaya raya.

Disamping mempromosikan produk Yahudi di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Yahudi yang berjumlah jutaan dollar.


Daripada seorang jiran mak yang pernah bermastautin di Amerika mengatakan bahawa,   TESCO antara supermarket yang menyediakan tukaran wang syiling untuk menggalakkan orang yang berpendapatan rendah pun boleh mengunjunginya!

Di sesetengah bandar di Malaysia terdapat lebih daripada sebuah hypermarket TESCO! Baranganya dijual dengan harga lebih murah berbanding mana-mana supermarket kecil atau besar.

Mak sekeluarga sejak 2004, bila dah dapat maklumat tentang TESCO tidak pernah mengunjunginya lagi.  Walaupun harga barangnya murah, takpalah beli saja kat kedai lain, asalkan tak rasa bersalah.
Masa mak di sekolah rendah lebih tiga puluh tahun dulu,  ustaz dah berpesan tentang kelab Lion dan peranan syarikat-syarikat Yahudi di seluruh dunia yang akan mendermakan pendapatan / keuntungan mereka dengan apa cara pada setiap hari sabtu kepada Israel...bimbang walau lima sen daripada belian kita termasuk dalam kos membeli senjata untuk menentang Palestine / Islam.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu terus menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di pasarraya Tesco.

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous January 21, 2012
ok, i support u, will boycott it fr 2day
Sya_Merpati Putih 88 Sya_Merpati Putih 88 January 22, 2012
sy baru tahu tentang ini...dan sy rasa lepas nie dah tak mahu shopping kat ctue lagi...thanks sbb berkongsi info...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.