Pada suatu masa dahulu di zaman Nabi Daud a.s, seorang lelaki telah memasuki hutan untuk beribadat kepada Allah. Setelah genap setahun dia di dalam hutan, timbul rasa jemu lantaran tiada apa-apa perubahan pada dirinya. Lalu dia berdoa kepada Allah ,
" Ya Allah, sudah puas aku mengabdikan diriku kepadaMu. Seluruh tubuhku terasa sakit dan air mataku sudah kering, menangis keranaMu, ya Allah. Akan tetapi aku tidak tahu apakah yang bakal terjadi kepadaku selepas ini?"
Semasa dia berdoa itu, telah didengari oleh seekor katak yang berada berdekatan situ. Allah s.w.t telah mengarahkan katak itu menjawab pertanyaan lelaki itu. Dengan izin Allah, katak itupun bersuara,
"Wahai tuan hamba, apakah yang kamu fikirkan dengan ibadat kamu yang baru setahun itu? Adakah tuan tahu, saya sudah tinggal di dalam hutan ini lebih daripada 6o tahun! Saya sering memuji dan berzikir kepada Allah."
Terkejut lelaki itu melihatkan katak itu memandang ke arahnya dan sudah tentu katak itu sedang bercakap dengannya. Dia terpaku seketika. Kemudian katak itu menyambung semula kata-katanya,
"Adakah kamu kira masa setahun itu sudah cukup bagi kamu mengatakan kamu sudah beriman kepada Allah s.w.t ?"
Lelaki itu terdiam seketika sebelum berkata,
"Bagi aku setahun itu sudah cukup lama, namun aku masih juga begini!"
Katak itu menjawab pula,
"Aku sudah tinggal di dalam hutan ini hampir 60 tahun. Aku tetap juga bertasbih dan bertahmid. Sehingga kini, kakiku masih terasa gementar walaupun siang dan malam aku memuji-muji kebesaran Allah s.w.t."
Sebaik mendengar kata-kata katak itu, timbul kesedaran dalam diri lelaki itu dan menjawab,
"Baru sekarang aku faham, rupa-rupanya aku telah tersalah sangka. Sudah hampir 60 tahun kamu beribadat kepada Tuhan sedangkan aku baru genap setahun."
"Bertaubatlah kamu," kata katak itu lagi.
Mendengarkan kata-kata katak itu, lelaki itu menangis tersedu-sedan menyesali perbuatannya sambil berdoa,
"Ya Allah, sesungguhnya aku bertaubat dan menyesal di atas keterlanjuran aku . Ampunilah segala dosaku."
Sesungguhnya lelaki itu sangat malu dengan katak yang telah memberi nasihat kepadanya itu.
sumber: Koleksi Kisah Teladan
Bukan Sebarang Katak
hyhhh0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.