Singgah sini...... raikan cuti Tahun Baru Cina dengan Mi Hainam


Kalau dah penat bw, mai singgah tengok resepi dari Majalah Saji. Sedap ni dan ada banyak lagi resepi yang menarik dalam majalah tu.    Orang kata kalau orang lelaki masak mi lebih sedap, nanti mak tanya Afif, masakan abah ke mak yang lebih sedap?


Bahan-bahan:
  • 100 gm mi kuning
  • 50 gm isi ayam - dipotong kecil
  • 50 gm sotong - dipotong kecil
  • 50 gm udang - dibuang kulit
  • 50 gm sayur sawi - dikerat
  • 20 gm kicap pekat
  • 10 gm sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 3/4 cawan air rebusan ayam
  • 10 gm bawang putih - dicincang
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada sulah secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih.
2. Kacau sebentar dan masukkan air rebusan ayam.
3. Biarkan mendidih selama dua minit.
4. Masukkan kicap pekat, sos tiram, isi ayam, sotong dan udang. Kacau seketika.
5. Masukkan pula mi kuning dan kacau rata.
6. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, pastikan tidak berketul. Tuangkan ke dalam mi.
7. Kacau rata sebelum masukkan sayur sawi.
8. Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah. Kacau lagi hingga rata.
9. Angkat dan hidang panas-panas.

Hmm...cepat beli barang untuk hidangan di hari cuti ni...

sumber:  Saji

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.