Organ Kemaluan Gadis 13 Tahun Berubah Menjadi Lelaki







Seorang bapa terpaksa memindahkan anaknya kesekolah kanak-kanak lelaki setelah mendapati anak yang lahir sebagai perempuan yang dikenali sebagai Uhud tiba-tiba bertukar jantina kepada lelaki. Di negara telok itu sekolah adalah berasingan mengikut jantina. Berita ini diketahui oleh bapanya yang terkejut menyaksikan sendiri perubahan organ anak yang pada awalnya mengadu sakit dibahagian perut dan merasa kejang dan dalam masa seminggu telah bertukar menjadi organ lelaki.


"Saya tidak percaya apa yang saya lihat terlebih dahulu ... hanya dalam seminggu,anak perempuan saya telah mempunyai organ lelaki yang penuh dan ini berlaku kepada anak perempuan saya ," kata Ahmed Hassan Mousa dari selatan bandar Khamis Mushait.


"Kami telah diberitahu sebelum itu yang Uhud tidak mempunyai buah dada wanita dan apabila dia sakit di bahagian abdomen beliau, doktor memberitahu kami bahawa dia tidak mempunyai rahim ... beberapa hari kemudian, mereka berkata satu organ lelaki muncul," katanya kepada akhbar harian Alriyadh.


Mousa berkata Uhud kini dinamakan Muad dan telah dipindahkan ke sekolah kanak-kanak lelaki di bandar. "Guru-guru beliau di sekolah perempuan memberitahu beliau sangat cerdik tetapi keras kepala ...dan ini mengejutkan meraka," katanya.


"Sesetengah orang jiran-jiran juga telah memberitahu saya bahawa dia berkelakuan seperti lelaki ... saya sendiri menyedari bahawa dia selalu bermain dengan abangnya tidak kakaknya."


Mousa berkata anak baru telah didaftarkan sebagai Muad di semua jabatan kerajaan yang berkaitan

 p/s:isy..kat Malaysia nie tak pernah dengar lagi...kalau ada,taktau la..

SUMBER

6 comments.. read them below or add one

syafiq said syafiq said October 05, 2011
mak oiiii.....
ini la kuasa tuhan.....
Unknown Unknown October 05, 2011
keajaiban ciptaan ALLAH, benda yg tak mustahil bg ALLAH mengadakannya
Yaya Azura Yaya Azura October 05, 2011
Kuasa Allah Maha Pencipta
aNdi.Hanin::حنين aNdi.Hanin::حنين October 06, 2011
menurut jab. pendaftaran neg. malaysia, kalau ada kes macam ni kat malaysia, diorang xda masalah nak tukar nama dan jantina di IC.kena angkat sumpah... tp betul2 disahkan khunsa laa..bukan tukar ngade2. :D
AnonymousAnonymous October 06, 2011
:0 erk?! pelik tetapi benar... benar ker? hehe..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.