Jenazah Jemaah Haji Wanita Yang Maut Jatuh Tingkat 9 Telah Selamat Dikebumikan


 
KUALA LUMPUR: Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. - Bernama

 p/s:untungnya beliau kebumi kat Madinah...

 Entri Berkaitan:


1 comment... add one now

Liza @ Adzriel AB Liza @ Adzriel AB October 10, 2011
tua setahun je drp kak liza ni

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.