Mengapa bas sekolah berwarna kuning?


D
i negara ini, hampir kesemua bas sekolah berwarna kuning pinang masak. Biasanya manusia lebih cepat tertarik kepada warna2 terang seperti kuning atau warna yang sekeluarga dengannya.
Pada satu2 masa, walaupun anda melihat kehadapan, anda boleh melihat objek kuning di sebelah lebih cepat berbanding warna merah. Saintis menggambarkan perkara berkenaan sebagai penglihatatan peripheral lateral mengesan warna kuning 1.24 kali lebih cepat berbanding warna merah.

                Kebanyakan saintis menyatakan warna seperti kuning atau hijaupucuk pisang lebih senang dilihat dalam cahaya samar berbanding warna merah. Semasa kabusatau jerebu, pemandu masih boleh melihat kereta berwarna kuning berbanding dengan kenderaan berwarna lain.
                Bukan sahaja bas sekolah tetapi banyak kenderaan berwarna kuningbagi memudahkan pengguna mengelakkannya dengan cepat.

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.