BAKTERIA DARI NAJIS BAYI PEMANGKIN DALAM YOGURT

T
ahukah bahawa bakteria dalam najis bayi yang baru lahir sehingga berumur 28 minggu boleh digunakan untuk penghasilan yogurt? Kalau kita seorang yang menggemari  yogurt, kita jangan pula terus menganggap bahawa ia tak boleh diamakan dan merasa geli kerana ini adalah fakta yang perlu dikongsi. Kita mesti tertanya-tanya bolehkah makanan dicampurkan dengan bakteria sedangkan bakteria itu jahat.

      Oleh itu, jangan keliru. Hal ini disebabkan bakteria juga sebenarnya ada yang baik mahupun jahat. Bakteria yang membawa kepada kebaikan dikenali sebagai prebiotic. Contohnya lactobacillus, bifidobacterium dan streptoccus. Bakteria ini digunakan untuk membantu industri makanan dalam menghasilkan produk berasaskan susu terutamanya dalam proses penapaian untuk menghasilkan yogurt.


                 Sekarang, mari kita lihat bolehkah bakteria baik yang diambil dari najis bayi dimasukkan ke dalam makanan. Teknologi hari ini memungkinkan bakteria ini dipencilkan dari bendasing. Seterusnya bakteria ini dibiakkan untuk mendapat kultur bakteria prebiotic yang tulen selepas dieram,diempar, dan dibersihkan dengan air. Akhirnya bakteria kultur yang tulen terhasil dan digunakan sebagai agen pemangkindalam penghasilan yogurt. 

                Walaupun najis bayi adalah najis yang tidak boleh dimakan menurut Islam, namun bakteria yang diambil daripadanya telah melalui proses pengasingan dan penyucian dengan air suling. Kedua-dua peringkat proses ini selaras dengan tuntutan syarak dalam proses menyucikan najis. Untuk makluman semua, setiap sesuatu yang terkena najis, tidak lagi dianggap najis sekiranya telah dibersihkan unsur2 najis yang terkena padanya.

                Jadi, kita tidak perlu risau lagi untuk memakan yogurt. Penggunaan bakteria dalam yogurt adalah harus. Kita boleh menikmatinya dengan enak selagi tidak bercampur dengan perkara2 lain yang haram dimakan. Yogurt ada banyak kebaikannya kerana pada zaman Rasulullah dahulu, baginda memberi yogurt kepada sahabat yang sedang sakit.

                Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-62 telah memutuskan bahawa hukummenggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarnag najis sebagai agen pemangkin adalah harus dengan syarat yang ditetapkan.

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.