"Dah habis dah air..!" " Eh... baru saja isi penuh tadi...", " ...sikitnya air keluar...'' adalah rungutan biasa yang didengari dalam sesuatu majlis makan semasa beratur mendapatkan minuman atau untuk mencuci tangan dari bekas minuman berpili. Ada yang mengambil tindakan dengan menggoncangkan bekas tersebut dan ada yang membuka sedikit penutupnya, airpun mengalir semula dan lebih laju. Jadi ada dua sebab kenapa air tidak keluar sepert sepatutnya, tersumbat dgn ketul ais atau kurang tekanan udara di dalam bekas. Jika tersumbat kita hanya perlu goncang atau kacau untuk menggerakkan ais daripada menghalang lubang pili. Manakala untuk mengatasi masalah tekanan pula bukakan sedikit penutup, air dah mula keluar laju.
Apa sebab tekanan menjadi punca masalah air tidak keluar dengan laju?
Bila air dah tersedia untuk diminum, biasanya ianya diisi tidaklah penuh sampai memenuhi ke penutup, sebaliknya dibiarkan sedikit ruang. Udara yang mengisi ruang itu memberi tekanan kepada air menyebabkan air dapat keluar dari pili. Bila dah air dikeluarkan (untuk diminum) isipadu/paras air menjadi kurang bermaksud ruang untuk udara semakin besar tapi kuantiti udara banyak tu juga maka tekanannya menjadi rendah. Lagi banyak air dikeluarkan, tekanan semakin berkurangan menyebabkan kelajuan dan kuantiti yang keluar semakin berkurangan. Bila penutup dibuka, membenarkan banyak udara masuk dan tekanan lebih tinggi maka dapat menolak air lebih laju dan lebih banyak.....
Sains di sekeliling kita - Tekanan Udara
hyhhh0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.