Aminah dan Keluarga Beruang


 
    " Hari ini cikgu nak cerita kepada kamu tentang satu cerita yang menarik, tentu kamu suka, nak dengar daaaak??" "Naaaaaaaaakkk!"
    Cikgu Aishah memulakan kelasnya pada suatu pagi dalam tahun 1972 itu dengan bercerita  kepada murid-murid Darjah 1Kuning (1B).  Semua murid menunjukkan minat untuk mendengar cerita. Semuanya memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap apa sahaja gerak-geri Cikgu Aishah pada masa itu.
    Pada suatu hari, Aminah mengikuti bapanya yang bekerja sebagai pemotong kayu ke dalam hutan. Aminah sudah kematian ibunya sejak kecil lagi. Oleh kerana keletihan menunggu bapanya bekerja, Aminah tertidur di celah-celah akar pokok kayu yang besar.
    Tiba-tiba Aminah melihat ke sekeliling, tiada sesiapa bersamanya, bapa dan rakan-rakan bapanya tidak kelihatan pun. Dipanggil nama bapanya, namun tiada suara yang menyahut. Hatinya berdebar-debar, bapa tinggalkan dia seorang diri, mana bapa pergi niiii? Bapa dah tak sayangkan Aminah lagi dah?  Berlari-lari anak dia ke semua arah sambil memanggil-manggil bapa dan Pak Cik Ali, namun tiada juga suara yang menyahut.  Dia berhenti berlari dan memasang telinga untuk mendengar jika ada suara bapanya kerana kedengaran bunyi degupan jantungnya lebih  kuat duk..dak..duk ..dak.daripada suaranya ...eeeh tak dengar pun. Dia duduk dan memeluk bahunya agar bunyi degupan jantung dapat diperlahankan...tapi tak juga dengar suara bapa!

    Aminah mengambil satu jalan dengan harapan dapat berjumpa dengan bapanya dihujung sana. Makin jauh berjalan makin rasa sunyi dan makin gelap. Tak larat berjalan Aminah berhenti. rasa nak menangis, tapi suara tak keluar dan air mata tak menitis pun. Bila malam makin gelap Aminah makin takut tapi nak mengadu kat siapa? nak berhenti? Takut pula nanti ular ke, harimau ke datang makan Aminah, tak dapat lagi nak jumpa dengan bapa.... Bapa!!! mana bapa pergiiii??Nampak cahaya kelip-kelip(kunang-kunang) diikutnya, ada juga teman untuk dia memberanikan diri dan terus berjalan....
    Sepanjang malam Aminah berjalan dengan sekali-sekala berhenti sekejap-sekejap sebab masih berharap dapat berjumpa dengan bapanya di hadapan. Semakin lama nampak suasana semakin cerah, dalam hati Aminah fikir tentu hari dah nak siang, perut pun rasa lapar dan lenguh kaki, tapi digagahkan juga berjalan takut tertinggal lagi jauh daripada bapanya.  Ingatan kepada bapanya dan harapan untuk berjumpa bapa kuat dalam fikiran menyebabkan Aminah bersemangat berjalan...
    "Mak saya lapar.... ," " Boy tidur dulu, nanti emak buatkan susu untuk Boy, ok?" Ibu beruang bergegas ke dapur di tingkat bawah untuk didihkan susu segar. " Apa kata kita keluar bersenam? Dah lama kita tak keluar bersama-sama sambil berbasikal. Bila kita balik nanti susu pun dah sejuk, senanglah Boy nak minum." Cadang Bapa Beruang kepada Ibu Beruang dan mereka bersetuju.
    Cikgu Aishah menunjukkan lukisan pintu rumah beruang kepada murid-muridnya. Pintu itu mempunyai tiga lapis. Pintu yang kecil sekali untuk anak beruang keluar, di atas kepingan pintu yang sama, ada saiz yang lebih besar untuk ibu beruang keluar dan pintu sebenar adalah saiz untuk bapa beruang.  Ketiga-tiga ekor beruang keluar bersiar-siar dengan basikal.
    Dari kejauhan di antara celahan daun, Aminah perasankan sebuah rumah tersergam. Cepat-cepat Aminah berjalan ke arah rumah itu. Rasanya dah lama Aminah tak jumpa orang, kakinya yang sakit berjalan jauh jadi kuat kerana keinginan yang kuat untuk sampai segera ke rumah tersebut. Terdetik juga di hatinya, mungkin bapanya berada di dalam rumah tersebut menantinya.
    Sebaik sampai di hadapan rumah itu hatinya sangat gembira dan rasa lucu sangat kerana tak tahu nak buka pintu yang mana satu? Aminah masuk ke dalam rumah melalui pintu Boy. Hidungnya terciumkan   bau dari arah.....dapur!Wah! ada tiga mangkuk susu. Aminah memang sangat lapar.  Sejak terpisah dengan bapanya dia belum dapat makan lagi. Tanpa berlengah Aminah minum susu dari mangkuk yang paling besar . Habis mangkuk besar, diminumnya pula susu dari mangkuk sederhana tapi masih lapar dan dihabiskannya susu dalam mangkuk kecil. Argh!! dah kenyang, tak larat nak jalan, timbul rasa mengantuk. " Takkan nak tidur kat sini, oh ada tangga naik ke atas," "Wah! Katil! Gebunya!"Ada tiga katil yang berlainan saiz. Aminah memanjat katil yang paling besar dan melompat-lompat di atasnya dan melompat pula ke katil sebelahnya. Akhirnya, akibat keletihan Aminah tertidur di katil Boy.
     "Papa! pintu Boy terbuka! Papa tak tutup ke tadi?" "Angin tiup kut....!!"
     "Papa!Mangkuk Boytak ada susu! Mangkuk Mama dan Papa juga kosong!"
     "Apa? Angkara siapa ni? Siapa berani minum susu aku ni ha? Kalau dapat aku makan kamu!" Bapa Beruang sangat marah. Ibu Beruang pujuk supaya bapa dan anak beruang tidur dahulu sementara ibu sediakan semula susu.
     Bila Bapa Beruang sampai di biliknya, "Hei! Siapa kau berani tidur di atas katil Boy! Ooo... rupanya kau budak perempuan yang minum susu kami?"
     Terkejut Aminah mendengarkan suara Bapa Beruang, terlompat dia dari atas katil terjatuh dan melompat tingkap terjun ke bawah untuk menyelamatkan dirinya.
     "Aminah! Aminah! Hari dah petang, jom kita balik?, "  Aminah kehairanan tapi suara yang didengari  itu amat dikenalinya , " Bapa!Bapa! jangan tinggalkan Aminah! Aminah takut!"
     "Eh! Kenapa ni? Bermimpi ye? Ha.. cepatlah kita balik, nanti gelap pula sampai rumah." Aminah tersedar, dalam hatinya bersyukur kerana dah jumpa dengan bapanya dan tiada apa yang berlakupun..
     Cikgu Aishah tamatkan ceritanya dengan berjanji akan caritakan yang lain pula...



Arwah Cikgu Aishah adalah cikgu  @ Tok Su, adik bongsu arwah Tok....Al-Fatihah

1 comment... add one now

haswadi haswadi April 05, 2012
moral of the story...perlu rajin bekerja...jgn mengelamun...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.