Malaysia Umum Cuti 24 April - Alhamdulillah..ada jugak cuti untuk bulan April ni, Kenapa diumumkan cuti 24 April ni?Sebabnya..jeng..jeng..jeng..
Kerajaan memutuskan tarikh 24 April (Isnin) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pengisyiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.
"Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu.
"Pada pagi Isnin, 24 April, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara.
"Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.