Ilmu Hitam Punca Kafe Kucing Good Meowning Tiada Pelanggan

Ilmu Hitam Punca Kafe Kucing Good Meowning Tiada Pelanggan - Perbuatan menggunakan ilmu hitam atau menyihir merupakan perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T dan masih sering digunakan untuk memuaskan hati para pendengki kepada seseorang. Kejadian kali ini menceritakan sebuah kafe yang bertemakan kucing disihir sehingga menyebabkan ramai orang hanya nampak kafe itu selalu tutup sahaja. Dibawah ini kisah ini diceritakan sendiri oleh pemilik kafe Good Meowning. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Ilmu Hitam Punca Kafe Kucing Good Meowning Tiada Pelanggan


Post Pertama : 


GOOD MEOWNING....

Selalu dengar orang lain yang kena mcam susah nak percaya. Sekarang kena pada diri sendiri. Awal-awal buka GM makanan selalu basi yang tak logik. Banyak kali kena buang. Masa tu ramai pelanggan GM. 

Dah selesai masalah basi GM dah kurang sangat pelanggan. Sampai tak boleh cover kos operasi.

Masih anggap itu kesalahan kami. Tetapi kerap sangat orang tanya: GM tutup, kah? Orang yang dekat-dekat pun tak tahu GM wujud.
Tetapi jika ada yang datang semua memuji-muji kafe cantik/bersih/sedap/murah/mesra/kucing best/the best cat cafe dan sebagainya. Siap kongsikan dan kempen di Facebook dan Instagram.

Namun sangat sedikit pelanggan.

Sejak minggu lepas dah mula rasa syak. Dah mula buat rawatan.

Pagi semalam kakak saya sendiri lalu depan kafe jam 8.45 pagi. Dia hairan kenapa tak buka lagi.

Staf kami masuk jam 7.30 pagi. Dan siap susun dan buka shutter jam 8.00 pagi. Kakak saya nampak kerusi saja di luar manakala shutter tertutup.

Walhal memang dah buka.

Lori ais pun tak berhenti. Walhal dia akan berhenti dan ke kaunter dua kali sehari.

Apa yang menutup pandangan mereka?

GM terletak di lot tepi. Dan konsepnya pula terbuka. Tiga shutter dibuka. Dan berada di laluan utama yang nampak jelas. Tetapi masih nampak tertutup?

Apa pun, kawan-kawan, kafe kami tutup Isnin sahaja. Jika hari lain nampak kafe tutup tolong pusing tiga kali sebelum kamu semua anggap tutup, ya. Ini pesan kawan yang dah alami.

Insya-Allah jika kedai memang buka kali ketiga akan nampak yang kafe kami buka.

Wallhua’lam.

Post Kedua:

GOOD MEOWNING....

TERIMAKASIH SEMUA SAHABAT2 FB ATAS PERIHATIN ANDA...
.
Ramai yg beri kata2 perangsang dan semangat dan nasihat buat kami utk menghadapi dugaan ini...

Ramai rupanya yang nampak GM tutup saja. Tengoklah foto-foto di bawah. Kedudukan GM dan suasana GM yang jelas kelihatan. Lokasi dan situasi kami yang jelas kelihatan tak kira siang atau malam. Tetapi ada yang tak pernah tahu kewujudan kami meski selalu datang ke kawasan premis ini. 

Ramai yang DILINDUNGI PANDANGAN oleh sesuatu hingga tidak nampak atau nampak kami TUTUP SAHAJA meski pada hari-hari kami beroperasi.

Kami beroperasi SELASA KE AHAD JAM 9.00 AM-10.30PM. Ada yang kata kami tak buka-buka selepas raya. Walhal kami mula beroperasi raya ketiga.

INSYAALLAH. Semua ini kami hadapi dengan usaha dan tawakkal kepada ALLAH SWT.

Setiap sesuatu berlaku dgn izin-NYA.

Post Ketiga:

Tadi sambil memandu sambil memikirkan hal kafe sampai terlanggar kereta orang. Dengan tiada kutipan (wang) dari kafe,  melayang pula RM 450.

Hari ini dari pagi sampai jam 12.40 tengahari tiada pelanggan kafe langsung. Tolong doakan, ya?

Dulu masa awal-awal buka kafe ada dapat amaran dari orang yang tak dikenali di Facebook, tak disangka-sangka nak jatuhkan saya. Tetapi saya tak beri perhatian sebab saya bukan siapa-siapa. Jawatan apa pun tiada. Pengaruh pun tiada. Hanya seorang surirumah yang gilakan kucing dan nak berkongsi kegilaan itu dengan orang lain.

Di bawah antara respon dari kawan-kawan Facebook.









0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.