Doa Siapa Yang Paling Mustajab? - Doa merupakan suatu ibadah yg dapat dilakukan oleh setiap umat manusia dan berdoa juga dapat memberikan ketenangan kepada diri. Doa juga boleh mendekatkan diri kita kpd Allah yang Maha Berkuasa kerana Allah sangat mencintai hamba-hambanya yang sering meminta dan berdoa kpd Allah S.W.T. Siapakah yang doanya paling mustajab?
Antara Doa² yang Mustajab.
1.Doa ketika sujud . Kerana ketika itu seseorang hamba menjadi dekat kepada Allah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda
اقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فاكثروا الدعاء.
Drpd Abi Hurairah r.a , bersabda Rasulullahصلى الله عليه وسلم , Mafhumnya:
Menjadi paling hampir seorang hamba itu kepada Tuhannya ketika dia bersujud, maka perbanyakkanlah berdoa . Riwayat Muslim.
Menjadi paling hampir seorang hamba itu kepada Tuhannya ketika dia bersujud, maka perbanyakkanlah berdoa . Riwayat Muslim.
2. Doa sorang muslim kepada muslim yang lain dibelakangnya.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,
دعاء الأخ لخيه بظهر الغيب لا يرد
Doa seorang saudara kepada saudaranya dibelakangnya tidak tertolak . (Tanpa pengetahuannya)
Kata Ulama, apabila seseorang mendoakan saudaranya dibelakangnya, maka malaikat akan berkata kepada org yang berdoa
آمين ولك مثل ذالك
Amin... dan untukmu seperti apa yg kau doakan .
Kata Habib Ibrahim Al Habsyi
"Jika kamu mahu .mahu menjadi seorang sufi, maka jadikan hatimu sentiasa mendoakan orang lain "
3. Doa ibu bapa kepada anaknya.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Kata Habib Ibrahim Al Habsyi
"Jika kamu mahu .mahu menjadi seorang sufi, maka jadikan hatimu sentiasa mendoakan orang lain "
3. Doa ibu bapa kepada anaknya.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
دعاء الوالد لولده كالدعاء النبي لأمته
Doa orang tua kepada anaknya seperti doa NABI kepada Umatnya.
Kata Ulama, doa kedua ibu bapa kepada anaknya adalah lebih mustajab daripada doa seorang Wali Quthub kepadanya.
Begitu juga doa seorang guru kepada muridnya, kerana guru itu adalah bapa rohani sedangkan ibu dan ayah adalah bapa dan ibu jasmani .
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.