Pakej Terbaru Digi Broadband Quota 50GB dan 100GB

Pakej Terbaru Digi Broadband Quota 50GB dan 100GB - Assalamualaikum, kini, kita memerlukan internet untuk menyelesaikan assignment, mencari maklumat, bermain permainan online dan macam-macam lagi. Tetapi, bukan semua tempat ada capaian Internet yang laju dan unlimited. Di Malaysia, Unifi adalah yang paling dikenali ramai selepas TIME. 
      
    Baru-baru ini, TIME telah mengeluarkan pakej internet yang murah, laju dan sangat berbaloi tetapi kawasannya sangat terhad. UniFi juga mengeluarkan pakej baru iaitu 100mbps tetapi harganya masih membuatkan kita telan air liur dulu.

    Pada entri ini mahu diceritakan mengenai pakej Internet Digi yang terbaru iaitu quota telah ditingkatkan kepada 50GB (20GB anytime,30GB off peak) dan 100GB (30GB anytime, 70GB offpeak). Saya jugak tidak melepaskan peluang untuk mencuba pakej terbaru ini. Saya hanya ambil pakej yang 50GB saja pada harga RM145 sebulan dan tiada kontrak. Manakala, yang 100GB adalah pada harga RM185.

Pakej Terbaru Digi Broadband Quota 50GB dan 100GB

    Coverage Digi sekarang adalah 4G di tempat saya. Dan kebanyakan tempat telah mempunyai 4G untuk Digi. Jadi, saya rasa ianya adalah berbaloi untuk dilanggan. Jikalau sesiapa yang sudah melanggan mana-mana pakej broadband bolehlah hubungi Digi di Facebook mereka jika ingin upgrade. Ianya akan diupgrade serta-merta setelah mendapat pengesahan butiran maklumat dari anda.
Segala maklumat lanjut dari Digi mengenai pakej broadband boleh didapati di SINI

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.