Kejadian Penyokong Baling Suar Amat Memalukan

Kejadian Penyokong Baling Suar Amat Memalukan - Berikutan insiden penyokong membaling suar oleh penyokong Malaysia dalam perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi malam tadi, Khairy Jamaluddin tampil memberi respon terhadap isu tersebut.



Di laman Twitternya, KJ berkata dia menyaksikan sendiri insiden terbabit kerana dia juga hadir di menonton perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam.

"Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal", tulis KJ.
[post_ads]
Selain dari menyalahkan penyokong yang tidak berdisiplin, KJ juga turut menyalahkan FAM kerana gagal mengawal keadaan stadium.

"FAM hilang kawalan di stadium mereka sendiri. Peminat baling suar adalah perbuatan salah. Dua-dua salah malam ini.", tulisnya.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88 berikutan insiden membaling suar oleh penyokong ultras Malaya.




4 comments.. read them below or add one

Anti FitnahAnti Fitnah September 09, 2015
Ini bukan sahaja salah FAM tapi ... PDRM dan KJ sendiri. Jangan letak kesalahan pada bahu FAM sahaja. Yang menjaga keselamatan ialah PDRM dan KJ sebagai Menteri Sukan ... tak kan nak tunding jari sahaja. Apa tindakan anda? Take a shot man.
Happy walker Happy walker September 09, 2015
First time visits here, nice blog and sharing, I wish you to have a happy day~ =D

Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)
AnonymousAnonymous September 09, 2015
Biar Malu begini dari Malu 31 tahun rangking turun saban tahun! Kalau tak bangsat kami tidak membangsatkan.
AnonymousAnonymous September 10, 2015
saya amat menyokong kalau FIFA menggantung Malaysia dari permainan bolak sepak sebab selama hari ni pun tak mendatangkan keuntungan kepada Negara. saya pernah menulis komen dalam akhbar The Malay Mail ( dalam bahasa inggeris ) beberapa tahun yang lalu mengatakan , saya quote semula apa yang saya tulis ketika itu " kalau kita panggil coach dari planet Marikh ( Mars ) kita tidak akan kemana juga..nampaknya apa yang saya tulis tu ada kebenarannya..malahan makin teruk. Dengan keadaan sebegini rupa elok sajalah kita tak main bola lagi,,bak kata pepatah mat rempit " buat mengabihkan beras je ".....

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.