Ajaib! Bilal Ditikam Pisau Rambo Sembuh Dengan Begitu Cepat

Ajaib! Bilal Ditikam Pisau Rambo Sembuh Dengan Begitu Cepat -  Baru-baru ini, rakyat Malaysia dihebahkan dengan kes seorang bilal, Tengku Shafiq Adam, ditikam dengan menggunakan pisau rambo. Sebagai asasnya, kejadian berlaku di sebabkan salah faham antara suspek yang terlibat dan juga bilal tersebut yang disangka ingin mencuri motosikal.



Menurut rakan kepada bilal berkenaan, Ewan Nazri, keadaan Tengku Shafiq kini semakin beransur pulih dan semakin sihat.

"Assalamualaikum dan salam maghrib sahabat2 semua..harini sy kongsikan pic sahabat saya tengku syafiq..kacak dop??huhu..semakin sihat dan semakin sembuh..alhamdulillah..", tulis Ewan di laman Facebook Warga Kuantan.

Selain itu, Ewan juga turut berkongsi keajaiban yang berlaku ketika Shafiq dirawat.

"2 perkara ajaib yg berlaku ketika tengku shafiq sedang kritikal yg nak sy kongsikan kpd semua agar ia mnjdi asbab untuk kita berfikir betapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T ialah :"
"1.ketika beliau sedang dioperation ketika beliau kritikal dan tidak sedar doktor memberitahu yg beliau sedang mengaji,surah ape doktor x pasti..itu yg berlaku..ALLAHHUAKBAR!"
"2.Dalam keadaan separa sedar@lemah doktor bertanya boleh x dia tandatangan surat,dan dengan kekuasaan ALLAH S.W.T beliau boleh mengangkat tgnnya dan tandatangan dan nak tau ape hasil dr tandatangan beliau ?yg ditandatangan adelah nama Nabi kita Muhammad s.a.w dlm bahasa jawi..ALLAHHUAKBAR!", tulis Ewan.

Ewan juga turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan sahabatnya itu.

"Sy kongsikan kejadian yg berlaku ini bersama sahabat agar same2 kita muhasabah diri betapa hebat dan besarnya kuasa ALLAH S.W.T ..selama beberapa hari sahaja tengku dpt melepasi keadaan kritikal dan semakin sembuh..sedangkan doktor pon tidak percaya tengku boleh sihat secepat ini..berkat dr doa sahabat2 semua yg tidak putus2 alhamdulillah,semuanya dipermudahkan..terima kasih kpd yg mendoakan untuk sahabat sy tengku shafiq..semoga beliau cepat sembuh dan sihat dan boleh pulang ke rumah..amiinnn☺"

Saya juga mendoakan agar saudara Shafiq semoga sempat sembuh dan cepat pulang ke rumah untuk bertemu keluarga tercinta.

1 comment... add one now

HAMIDIsP HAMIDIsP September 28, 2015
Itulah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang2 yang beriman..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.