Perasan Tak Bendera Malaysia Diarak Secara Terbalik Semasa Perarakan Hari Kebangsaan 2015?

Penjelasan Mengapa Bendera Diusung Terbalik - Assalamualaikum, kalau korang perasan la masa perarakan siang tadi bagaimana jalur gemilang diarak ? Gambar tersebut yang dirakam secara langsung dari udara telah menunjukkan ianya diarak secara terbalik semasa perarakan Hari Kebangsaan telah menimbulkan persoalan di kalangan orang awam.

Orang ramai berkata,"Masaklah siapa yang bertanggungjawab. Confirm pegawai yang bertanggungjawab akan ditukarkan dalam masa 24 jam,"

sehati sejiwa slogan merdeka 2015


Namun, terdapat penjelasan dari laman Jabatan Penerangan sebab sebenar bendera Malaysia diarak secara 'terbalik' itu.

Penjelasan selanjutnya di muka surat seterusnya
[next]
"Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera.

slogan hari kebangsaan 2015

"Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang statik, bahagian Bulan Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari hadapan,".
gambar sambutan hari kebangsaan 2015

bendera malaysia terbalik


Jadi, tiada isu yang timbul dari gambar-gambar yang tersebar. Hanya segelintir daripada kita yang tidak mengetahui langkah-langkah mengusung bendera Malaysia.

Apa-apa pun, selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2015

1 comment... add one now

Unknown Unknown August 31, 2015
Selamat Hari Kemerdekaan :)

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.