VIDEO Honda Civic Berplet SKS645J Lari Selepas Isi Minyak Penuh

Honda Civic SKS645J Lari Selepas Isi Minyak Penuh - Video yang menunjukkan kejadian di Petronas Lukut Port Dickson dimana lelaki berbangsa Cina merupakan pemilik Honda Civic berwarna putih dan berplet SKS 645 J terus melarikan kereta sebaik sahaja isian minyak RON97 ke dalam tangki keretanya penuh. Jumlah harga minyak yang dicuri itu adalah RM78. Video ini menunjukkan pekerja stesen minyak yang berusaha untuk mengejar dengan menggunakan motosikal namun perbezaan cc kenderaan mereka membuatkan motosikal tersebut tak dapat nak kejar.

Video di bawah diambil dari Nor Fattin Mat Saleh. Berikut merupakan caption beliau untuk video ini :
ni adalah manusia yg jenis aku tak tahu nak cakap ape....kau dtg msia pastu kau buat taik...busuk doh taikkk kau...
kau dtg isi minyak pastu ta reti nak bayar...kau ingat org msia ni kaya raya nak belanje kau minyak penoh?!
kalau takde duit ckp....aku sanggup malukan dri aku mintak sedekah tok kau...asalkan kau ta mencuri camni....hangin btl la aku....
da la bawak keta mcm org gila....stress aku tgk kau ni...
Harap pihak kastam dan imigresen di sempadan Malaysia - Singapura dapat memberi kerjasama dalam menahan kereta terbabit sebelum beliau dengan gembiranya melepaskan diri..

Mungkin kereta clone atau kereta curi


Salinan laporan yang dibuat di Balai Polis (SKS 645 J)
Isi minyak penuh pastu lari tak nak bayar
Isi minyak penuh pastu lari tak nak bayarSumber : https://goo.gl/AY3dJoMore : Sukan Star TV @ Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Friday, July 24, 2015

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.