Apa Punca Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Terbakar? (VIDEO DAN GAMBAR)

VIDEO DAN GAMBAR Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Terbakar - Menara Dua Bukit Aman terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Pengarah Penguatkuasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kejadian berlaku di tingkat lapan bangunan lama, di Bukit Aman.

“Jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, tingkat lapan itu menempatkan dokumen namun Azizan tidak dapat memastikan perkara itu.

Beliau berkata, punca kerugian dan kerugian masih dalam siasatan.

-------
Bangunan Bukit Aman di laporkan terbakar dalam satu kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10 menara tersebut bermula dari ‘pantry’ sebelum merebak ke tempat lain.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Kebakaran tersebut berlaku tatkala negara "di tengah-tengah bahang" dengan isu pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gani Patail sebagai Peguam Negara serta isu 1MDB.

Justeru itu tidak menghairankan wujudnya spekulasi nakal di laman sosial yang mengaitkan kebakaran itu dengan percubaan untuk menghilangkan "evidences" tertentu.

Ketua Polis Negara walaubagaimana pun menyatakan hanya dokumen tidak penting yang terbakar dan meminta semua pihak tidak menyebarkan khabar angin.


--------

Satu kebakaran telah berlaku di salah sebuah bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

Kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat 10 Menara 2 yang menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Difahamkan pihak bomba menerima laporan kebakaran tersebut kira-kira 5.20 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kejadian tersebut menerusi akaun Twitternya.

Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian sedang disiasat.

Gambar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Terbakar



Video Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Terbakar





0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.