Air Mata Juruterbang Bercucuran Sebelum Kapal Terbang Terhempas

Air Mata Juruterbang Bercucuran Sebelum Kapal Terbang Terhempas - Tragedi yang terjadi pada 9 September tahun lepas apabila pesawat Europe Airpost yang dalam perjalanan dari Croatia ke Perancis mengalami kerosakan enjin ketika dalam perjalanan . Juruterbang mengumumkan bahawa pesawat yang dinaiki akan terhempas dalam masa 6 minit sahaja lagi dalam nada menagis . Dan detik itu adalah detik hitam dan mengerikan kepada semua penumpang pada ketika itu .

Sejurus pengumuman itu , suasana kapal menjadi hingar bingar dan kecoh , sekali lagi juruterbang mengingatkan " kami ada 6 minit sahaja lagi sebelum ianya terhempas " .


Pada saat itu , krew mengarahkan semua penumpangnya wajib memakai jaket keselamatan dan bersiap sedia untuk mendarat di atas air yang berupa lautan. Benjamin Girard , salah seorang penumpang berucap kepada Daily Mail , suasana pada ketika itu dipenuhi tangisan dan teriakan .

Pendaratan cemas akan dilakukan di laut dan mungkin akan ada letupan . Semua berasa sangat takut , termasuk kru kabin juga pucat dan panik , ujar Girard .

Namun, setelah beberapa minit, detik yang mendebarkan itu berlalu , pesawat berjaya mendarat di Lapangan Terbang Marco Polo di Venice berdekatan pantai dan pendaratan itu dilakukan tanpa ada sebarang kecederaan dan kecelakaan.

1 comment... add one now

HAMIDIsP HAMIDIsP July 23, 2015
Siapa yang tak jatr mata, entah-entah siap terkencing dalam seluar..huhu

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.