JPJ Parking Sesuka Hati Tak Akan Disaman Langsung? Adil ke?

JPJ Parking Sesuka Hati Tak Akan Disaman Langsung? ,JPJ Boleh Parking Sesuka Hati? - Assalamualaikum, kisah ini dipetik dari FB Syafiq Baharudin

Inilah yang berlaku pada Negara kita sekarang ini.

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 11 May 2015, 1500.

JPJ Boleh Parking Sesuka Hati?
JPJ 215

JPJ 217

JPJ 219

Adakah hanya kerana mereka penjawat awam mereka boleh meletakkan kereta sesuka hati?

Bukan hanya kerana mereka salah dalam meletakkan kenderaan ditempat yang betul, akan tetapi mereka juga gagal dalam mempamerkan kupon letak kereta pada dashboard.

Lebih memalukan, apabila terdapat anggota polis yang sedang bertugas di kawasan tersebut lalu saya mendekatkan diri kepada pegawai tersebut dan bertanya.

Saya: salam bang tumpang tanya boleh?

Pegawai: wslm. Ye nak tanya apa, dik?

Saya: Boleh ke kalau saya nak parking tepi sini? *padahal ride motor je*

Pegawai: tak boleh dik. Tepi jalan memang tak boleh parking. Klu nak cari parking, adik boleh parking dekat 3 tempat. 1. Parking Mahkota Parade. 2. Parking Hatten 3. Parking Dataran Pahlawan.

Saya: kalau saya parking tepi jalan jugak?

Pegawai: kami akan kenakan saman kat adik kerana meletakkan kenderaan ditempat yang salah.

Saya: habis tu, 3biji kereta selamba je parking sini hampir 2jam. Saya pergi bank pukul3 balik bank pukul4.45. Abg tak saman ke kereta tu?

Pegawai: ....... Abang rasa adik tak patut cakap macam tu.

Saya: kenapa pula? Saya tengok rancak abg saman kereta kat melaka raya tadi? Yang abg saman tu manusia punya kereta. 3buah kereta ni pun manusia punya kereta. Tak boleh saman ke?

Pegawai: ..... *krik krik krik*

Saya: takpela bang, saya faham. Cuba saya nak bagitau, inilah yang dikatakan tidak amanah dalam melakukan pekerjaan.

Pegawai: *berlalu pergi ke rakan nya. dah malas nak layan lah tu*
Setelah menyeberangi zebra cross dari Hotel Hatten ke Dataran Pahlawan. Terserempak dengan seorang pegawai MBMB.

Saya: salam bang, sini memang tak boleh park kereta ke?

Pegawai: boleh tapi kene ade kupon parking kereta. Kalau tak kene saman.

Saya: ouh kire ni abang saman sebab takde kupon lah ye?

Pegawai: Yup. Kenapa? Adik punye kereta ke?

Saya: eh bukan lah. Cuma nak bagitau depan tu ade 3 buah kereta, parking ditempat yang salah. Dan tak tunjukkan kupon letak kereta. *sambil menuding jari kearah 3buah kereta milik JPJ.*

Pegawai: ouh tu tak boleh buat apa.

Saya: kenapa pulak? Yang tu pun kereta. Yang bawak kereta tu pun manusia. Sama macam yang abang saman ni. Yang ni kereta, yang bawa kereta ni pun manusia. Ke yang bawa kereta tu bukan manusia?

Pegawai: yang tu abang memang tak boleh buat ape.

Inilah yang berlaku pada negara kita. Saya bukan sultan, saya juga bukan menteri dan saya juga bukan sesiapa. Hanya seorang insan yang mencari keadilan untuk diri sendiri.

Siapa pun mereka, siapa pun kita. Jika diberikan amanah, sempurnakanlah sebaik mungkin amanah yang diberikan.

Kereta yang datang dari singapore, boleh je parking ditempat yang betul. Akan tetapi mereka? Tak malu ke dengan diri sendiri? We need a fair justice. Bukan saya nak bermain politik, tetapi saya nakkan keadilan. Kerana keadilan ini lah yang semakin pudar untuk rakyat.

Thanks government for all of the "effort" to us.

Majulah parking tepi jalan untuk negara.

Salam kiasan,
Salam 1malaysia, 
Salam Melaka negeriku sayang, bandar teknologi hijau.

sumber : https://goo.gl/nykpcs

4 comments.. read them below or add one

HAMIDIsP HAMIDIsP June 03, 2015
Biasalah kalau dah punya kuasa..
Lebai Roger Lebai Roger June 04, 2015
Eh eh nko tak tau ke? Jpj memang haram jadah.....makan duit rasuah!
AnonymousAnonymous June 05, 2015
TU PASAL NEGARA NIE BILE NAK JADI PADANG JARAK PADANG TERKUKUR LA..BAGUS JUGAK BILE HUKUMAN MENGIKUT BULU! BILE MAU TERGOLEK LA..!!!

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.