Drama Bila Hati Berbicara | Sinopsis | OST

Lagu Tema OST Bila Hati Berbicara, Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara, Slot Akasia TV3, Pelakon Drama Bila Hati Berbicara, Novel Online Bila Hati Berbicara Syafiq Kyle, Atikah Suhaime - Assalmualaikum, slot Akasia terbaru menggantikan Maaf Jika Aku Tak Sempurna iaitu Bila Hati Berbicara bermula 28 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di TV3. Novel Bila Hati Berbicara karya Antasya Balqis telah diadaptasikan kepada drama Bila Hati Berbicara dan ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama ini dibawah terbitan Suhan Movies yang diarahkan oleh Amie Maziah. Ia menampilkan bintang muda Syafiq Kyle dan Atiqah Suhaime sebagai pelakon utama. 

Lagu Tema OST Bila Hati Berbicara, Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara, Slot Akasia TV3, Pelakon


JUDUL : BILA HATI BERBICARA
EPISOD : 32 episod
TARIKH : 2014
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Amie Maziah
SKRIP : Sharifah Abu Salem
NOVELIS : Antasya Balqis
TERBITAN : Suhan Movies / Buku Prima
PELAKON : Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Azwan Kombos ,Raja Ilya, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Emelie Hanif

WATAK-WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha
Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura
Hafreez Adam sebagai Badri Fathul
Raja Ilya sebaga Babe
Azwan Kombos sebagai Taufiq
Idzham Ismail sebagai Zaidi
Hanna Aqeela sebagai Nadia

SINOPSIS DRAMA BILA HATI BERBICARA
Drama ini mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

OST DRAMA BILA HATI BERBICARA


Hanie Soraya- Hujung Dunia



Syamkamarul – Selamaku Bernafas



The Unwanted Love – Aaron Yan

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.