Lagi Kes Buli Budak Di Asrama | Disepak Terajang Tanpa Belas Kasihan

Lagi Kes Buli Budak Di Asrama | Disepak Terajang Tanpa Belas Kasihan- Satu lagi kes buli dan ianya terjadi di Perlis. Rujuk Artikel di bawah sekali.

Lagi Kes Buli Budak Di Asrama | Disepak Terajang Tanpa Belas Kasihan





Kes Sedang Tunggu Untuk Tarik Pertuduhan

Polis hari ini mengesahkan video buli 'Perlis' yang tersebar baru-baru ini adalah kes yang sudah diselesaikan dan pembuli-pembuli yang berkaitan sedang menunggu tarikh pertuduhan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, kes yang berlaku di sebuah rumah anak yatim di negeri ini sudah dilaporkan pada 6 Jun lalu oleh pihak asrama. 

"Kes lama, kita sedang menunggu tarikh pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan,"menurut Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar yang lain di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ."katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan dua video buli yang tersebar dengan meluas di Internet. Satu dari video itu dikenali sebagai 'buli Perlis' yang mana sudah diselesaikan manakala satu lagi video yang dikenali sebagai 'geng singlet hitam' yang mana statusnya masih belum diketahui.

Terdapat percanggahan di dalam laporan Berita Harian dan juga Harian Metro mengenai kes mana yang yang telah diselesaikan tetapi kami pasti kes buli di Perlis adalah kes yang sudah diselesaikan hasil dari pemerhatian loghat yang digunakan dan juga keterangan dari pihak polis. Bagi bagi kes geng singlet hitam pula polis masih mencari lokasi kejadian.

5 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous November 06, 2014
Sepatutnya hukuman sebat untuk pembuli..
AnonymousAnonymous November 07, 2014
Rasa geram tgok video tu.. kesian kat budak yg kena buli tu..

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
AnonymousAnonymous November 07, 2014
terlalu kejam budak2 ini..meleleh airmata melihatnya..tak sanggup melihatnya..kecik2 dah tunjuk baka samseng..baguslah kalau dah dapat tangkap..
AnonymousAnonymous November 08, 2014
Memang memalukan. Dahlah anak yatim. Pandai2lah bawa diri. Cuba fikir kalau adik depa sendiri yahg kena sepak terajang lagu tu apa perasaan depa. Padan la muka depa dah kena tangkap, masuk lokap. Biaq di sana depa rasa pulak kalau depa yang kena sepak terajang dengan polis. Tak sedaq diri nak jadi samsing..
AnonymousAnonymous November 09, 2014
harap pihak asrama psng cctv d setiap bilik spya dpt memantau aktiviti d blik trsbut

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.