Perkahwinan Atau Pernikahan Itu Satu Ibadah Penting

Perkahwinan Atau Pernikahan Itu Satu Ibadah - Assalamualaikum, Kita beramal bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Selain itu, kita juga dapat beribadah kepada-Nya melalui perkahwinan. Di dalam diri manusia, terdapat suatu naluri semulajadi iaiatu Nafsu syahwat atau naluri seks yang sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia perlu dipimpin dan disalurkan sebaiknya dengan tidak perlu dibuang atau dihapuskan. Perkahwinan ini merupakan suatu peraturan yang ditetapkan oleh Allah untuk mengatur nafsu kelamin di dalam kalangan manusia. Rasulullah pernah bersabda, “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.

kahwin dalam islam, hukum kahwin dalam islam, kepentingan berkahwin, berkahwin merupakan suatu ibadah, kenikmatan berkahwin, berkahwin untuk elak masksiat, nafsu syahwat, naluri manusia, jaga alat kelamin dari perkara haram


Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Hukum wajib tersebut jaatuh apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.

Manakala hukum sunat muncul apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Perbuatan sengaja hidup membujang adalah dilarang di dalam Islam. Sabda baginda lagi, “Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).

Apabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin ia adalah makruh untuk seseorang itu berkahwin. Dan yang terakhir perkahwinan itu menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. 

Akhir kalam, manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang megindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Peraturan yang ditetapkan itu menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat rumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini. 

Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. Jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya, sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah. Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan urusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan.

1 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.