Noryn Aziz dan Eja Disamun Perompak Ketika Open House Aidilfitri - Baru-baru ini, rumah penyanyi Noryn Aziz terlibat dengan kejadian rompakan yang terletak di Damansara Heights. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 9.30 malam (7/8/2014 , Khamis). Pelakon Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin turut berada di tempat kejadian.
Kejadian yang mencemaskan itu berlaku dalam sekelip mata sahaja. Kerugian yang dianggarkan berjumlah RM30,000 menurut Noryn.
Noryn Aziz |
Noryn menabah bahawa detik cemas itu berlaku ketika dia mengadakan sebuah majlis di rumahnya. Beberapa lelaki yang bersenjatakan parang itu telah merampas barang-barang serta beg tangan kawan-kawannya.
Mereka yang berada dalam keadaan panik terus meluru masuk ke dalam rumah dan terus mengunci pintu. Kejadian tidak berakhir begitu sahaja, perompak tersebut mengikuti mereka dan menggegarkan pintu rumah Noryn.
Siti Shahrizah @ Eja |
Kes rompakan di hadapan kediaman rumah Noryn Aziz sekitar jam 9.45 malam itu juga telah mengakibatkan salah seorang pembantu rumah temannya cedera di bahagian kaki dan badan akibat dipukul salah seorang perompak berkenaan dengan alat tumpul.
Empat perompak berkenaan telah berjaya mengambil beg tangan rakan-rakan wanitanya yang mengakibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM30,000.
“Memang rumah saya tidak ada pengawal keselamatan dan tak ada lelaki diundang ke majlis itu. Oleh kerana majlis itu masih berlangsung, jadi saya biarkan pintu pagar dibuka sahaja.
“Tak sangka pula, sebaik sahaja selepas Natasha Hudson dan Betty Benafe bersama-sama bayi mereka pulang, nasib tak baik telah menimpa Eja dan Shohara dan Edrina dan anak-anak mereka.
“Suhara menjerit meminta semua orang masuk ke dalam rumah dan ketika itu jugalah perompak itu telah berlari masuk dari pintu pagar dan telah menggegarkan pintu rumah saya meminta kami keluar,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Di bawah disertakan video rakaman bagaimana perompak merompak rumah beliau.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.