Bukti Israel Yang Sebenarnya Guna Rakyat Palestin Sebagai Perisai - Assalamualaikum, sebelum ni di media cetak Yahudi dan di page Kementerian Pertahanan Israel selalu mengatakan yang Hamas dan briged Al-Qassam menggunakan orang awam sebagai perisai tetapi bukti kali ini menunjukkan bahawa mereka (Israel) yang sebenarnya kejam sebab menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai mereka.
Saksi mengatakan mereka terpaksa berdiri sebegini sambil digari di tepi tingkap sementara tentera Israel menggunakan mereka sebagai pelindung. |
Menurut saksi: "Tentera Israel menggunakan kami sebagai perisai manusia selepas menembak bapa saya yang tua pada jantung sebanyak dua kali." Sedang tentera Israel menyerang Gaza,semua media digemparkan dengan propaganda Israel yang menyatakan "Hamas menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai manusia" tetapi SIAPA yang sebenar-benarnya yang menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai manusia? Dalam video ini menunjukkan seorang saksi tersebut yang telah digunakan sebagai perisai manusia oleh tentera Israel menceritakan pengalamannya dan bagaimana dia digunakan sebagai perisai manusia. Beliau yang diletakkan di belakang tingkap sementara tentera Israel sedang menembak tentera pertahanan Gaza yang berdekatan dengannya. Perkara ini menyebabkan mereka mustahil untuk tentera Gaza menembak kembali disebabkan takut tertembak orang-orang mereka sendiri. Saksi ini bukan hanya digunakan sebagai perisai manusia, tetapi juga menjadi saksi bapanya ditembak pada jantung sebanyak dua kali selepas bapanya cuba menjelaskan bahawa dia tidak mahu apa-apa tetapi hanya keamanan.
Bukti video diceritakan oleh saksi tersebut. Dan jangan lupa sharekan entri ini ke seluruh pelosok dunia.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.